Daisypath Anniversary tickers

March 28, 2011

Majlis Cukur Jambul + Aqiqah Zara Iman

Alhamdulilah,semuanya selamat. Ni la majlis cukur jambul + aqiqah tuk baby comel ni Zara Iman. Nama pun simple dan cantik. Aku suka !! :)) Majlis ni berlangsung dgn meriah,cam kenduri kawen plak je aku rasa. Apapun, a big congrates to Farah & Ah Chong. Finally,dapat gak anak sendiri selepas jaga bobo ni.
Bobo pun sayang Iman ni tapi sedikit jeles la bila org panggil baby iman..dia pun nak dipanggil baby...hehehehe.. food yg sgt sedap especially kambing tu :p ..nasi beriyani yg atuk masak pun sedap sgt. bobo mkn sampai bertambah 3 x ok !!! Meriahnya Farah..siap ade pelamin tuk Zara Iman...cantik combination pink + putih tu.

Invitation card Iman

Bakul iman yg dihias penuh dgn bunga

Iman tgh tido

Candy corner

Pelamin Zara Iman :p

Bdk tembam pakai baju kurung 

Aksi bobo & abah di majlis Iman

Dah kenyang mkn kat kenduri Iman, we olls balik la. Ada goodies bag lg :)

March 22, 2011

kini, baru ku tahu


cth visa debit Maybank card

Jakunnya aku sbb tak tau apa2 psl visa debit  maybank kad ni. Yg aku tau guna debit card cimb je.Lantaklah org nak ckp apa pun ttg aku psl ni tp siyes aku mmg tak tau kegunaan sebenar kad ni. Ekcelli, thn lps lg aku apply visa debit ni tapi sampai sekarang aku xpernah guna. cumanya bulan2 masukkan duit simpanan ke akaun maybank, ni pun simpanan ke2 tuk emergency case kalau2 xde cash money kat tgn.

Aku ni jenis xleh simpan duit cash kat tangan sendiri, nanti ade je aku nak beli itu ini. Oleh itu, en.hubby yang tolong jaga amanah simpan/pegang kad visa debit aku ni. Mulanya aku ingat visa debit ni cam kad atm yang lain, yelah masukkan duit nanti nak guna kuarkan je kat mana2 mesin atm.

Rupa2nya aku tersilap besar, sbb visa debit maybank card ni lg hebat. Kad ni sebijik sama je kegunaan cam mana2  kad kredit. Korang nampak tak lambang visa kat contoh kad atas tu ? Korang boleh swap je kad visa debit ni di mana2 kedai yang ade lambang visa dengan syarat dalam akaun korang mesti ade DUIT la. kalau tiada, can't swap this card.

Function nya lebih kurang kad kredit cuma bila swap visa debit kad ini korang byr cash guna card tanpa ade caj tambahan. Tetapi kalau korang guna kad kredit, bila swap je korang kena caj tambahan dan dlm masa yg sama korang still berhutang. :)) tambah lg hutang korang.

Aku rasa visa debit maybank ni tak perlu byr caj tahunan kat goverment RM50 setahun. Rasanya free.Aku lebih suka visa debit maybank yg diperkenalkan sebab in case korang g overseas,kad ni boleh diguna kat mana2 ..worldwide la katakan. yg penting dalam akaun mesti ada duit.

Satu lagi kalau pembelian melalui internet yg memerlukan kad kredit tapi korang xde kad kredit, visa debit ni leh jadi kredit kad korang. Tgk pd syarat kad yg diterima. kalau ada Visa,bermakna visa debit ni boleh digunakan.

BTW, aku mmg xsuka guna kad kredit tapi aku akan guna visa debit maybank card ni. Selain jimat, korang akan dpt treats points maybank dlm setiap wang yg korang belanjakan. Mudah kan. :)

March 16, 2011

minggu yg sunyi ..

bgn pagi...gosok gigi. tgk jam dah kul 7.30 am,masih lg di rumah. siap2 nak keje. jalan lengang je..rupanya musim cuti sekolah seminggu ni. office pun kosong je. bos cuti.part ni mmg best. kawan2 g trening. tinggal le aku dan 3 org penunggu office yang setia. keje tetap banyak..tp mood buat keje agak slow..sorry.. ooooppps ..

March 12, 2011

dah bulan Mac la....

Aiyok, dah masuk bulan Mac !!
kena stop for a while segala aktiviti ni
segala aktiviti ronggeng spt tgk wyg
tapi aku nak tengok citer Hikayat Merong Mahawangsa tu
tolong...tolong la en. hubby :D

Final exam dah dekat ni
kalau x silap aku
final exam start 12 - 26 april
kejap je masa berlalu

aku lgsg xstart baca buku ni
tahun ni, aku cuma amik 6 subjek
yg plg penting, fokuskan pada kimia organik
bila la boleh luangkan masa tuk sesi menghafal

nak kena hafal Jadual Berkala... penting !!!
dulu aku hafal jap,pastu lupa balik
tmbh2 lak kalau baca buku dgn batrisya
dia plak pandai2 tukar

batrisya pun rajin tgk buku
dia tgk gambar, pastu reka citer sendiri
nak marah dan tergelak pun ada
mcm2 kretiviti dia

dpt komen dari cikgu nursery
dia pandai tukar lirik lagu
dan suka sgt main instrument
cikgu dia suggest hantar batrisya ke music school

aku perasan batrisya suka amik raket abahnya
pastu buat gaya gitar, then dia nyanyi lalalalala
kdg2, main laptop buat gaya keyboard
tapi dia bijak gak baca doa
kira balance la music dan agama

mcm2 la batrisya ni
lg 3 bulan genap 3 tahun
I love u so much, baby

March 04, 2011

Siakap Bakar Portugis



Jemput makan semua..menu dinner mlm ni Siakap Bakar Portugis. Al-kisahnya sbb pergi Giant semalam, ternampak offer seekor siakap RM 7.99 (700g).. wow,murahnya. terusje saya pancing je ikan siakap ni,nmpk mata ikan ni pun segar lg,xde pakai lens kaler merah ..hahahahaha.

Selalunya resipi siakap orang asyik masak stim je,kali ni nk tukar resipi plak. Puas saya google sana sini cari resipi ikan bakar, so terjumpalah resipi dari sorang akak ni sudipkayu.blogspot.comtapi saya ubah sikit resipinya.

Bahannya :- 
  • Ikan siakap 700 g
  • Sedikit minyak utk menumis
  • 1 labu bawang besar - kisar
  • 3 ulas bawang putih - kisar
  • 5 tangkai cili kering - kisar
  • sedikit belacan - kisar
  • 1 btg serai - kisar
  • 1 inci halia - kisar
  • sedikit air asam jawa
  • Aluminium foil - utk balutkan ikan
Cara-cara :- 
  • Tumis bahan yang dikisar hingga betul-betul masak.
  • Masukkan air asam jawa bersama garam dan perasa.
  • Letakkan ikan ke dalam aluminium foil bersama bahan yg ditumis td.
  • Bakar selama 10-15 minit.
  • Sedia dihidang bersama nasi panas.

Lagi sedap klu dicicah bersama air asam. abaikan gambar yg tidak menarik tapi rasanya sedap...puji diri sendiri la !

March 02, 2011

3 mak dara + 1 anak dara

Saje je nak bersihkan sawang2 yang penuh kat blog ni. Lama giler aku xmenulis or masukkan apa2 entry terbaru. Nak kata bz,semua org pun bz...yang pasti aku sedikit malas skang ni. Sorry la. Nothing to share yang interesting pun. Just nak show off muka 3 mak dara pinggitan and plus 1 anak dara pinggitan. So, guess it who is masih anak dara ? hehehehe...aku ker ..confirmla bukan sebab aku ade anak dara yang comel lote tuh !!! 
*
*
*
*
*
Here we are ...comel kan !!! uwargh..perasannya....

taken from library P9

Ade cerita di sebalik gambar tersebut. Tengokla muka masing-masing..Senyum terpaksa walhal perut semua dah berbunyi lagu kugiran. Terpaksa skip waktu lunch tuk siapkan assignment sbb dateline tgl lagi 3 hari. Ni semua sbb xpaham masa cikgu ajar dalam kelas. Study by group je la. Nasib dapat kawan2 yg banyak membantu explain itu ini.My roomate and classmate ni. Apapun, i wish all of you termasukla diri ini good luck for the final exam ni.
So,caiyok !!!! pas exam...leh enjoy and cuti2 lagi :D

Noted : from left ( depan) ...of coz saya yg comel dan kak yan.. & (behind me) along & dayah.