Dimulakan dgn bacaan Al-Fatihah dan dihadiahkan utk arwah ayahanda tersayang,
Hj. Ngah b. Mamat yg telah kembali ke rahmatullah pada tarikh 22 Jun 2011 ( 20 Rejab ) bersamaan tarikh ulangtahun kelahiran puteriku, Nur Adreeana Batrisya yg ke-3.
Aku terima dan redha dgn ujian yg diberikan oleh-Nya.Sesungguhnya yg hidup pasti akan pergi menemui - Nya.Tarikh yg pasti aku xmungkin lupakan dalam hidup ini. Insya Allah... Mengimbas kembali seminggu sebelum arwah ayahku pergi meninggalkan kami sekeluarga.
16 Jun 2011,
Arwah ayah tiba di rumahku bersama ibu dan abg sulung. Last arwah dtg rumah masa nak g Sabah tahun lepas. Berehat di rumah dan aku hidangkan sup keting UK. Hidangan yg wajib setiap kali mereka dtg ke rumah aku.
17 Jun 2011,
Masih berehat di rumahku.Abg sulung dan batrisya menemani atuk dan nenek. Aku dan suami masih kerja. Perubahan pada arwah time ni cuma arwah dah xde selera makan, xmcm duk kat kg.pagi petang berselera je. Maybe perubahan tempat kot.
18 Jun 2011,
Bawa arwah dan ibu jumpa Ustaz Sarhan kat PJ. Mencuba perubatan ilmu batin.Alhamdulilah, Ustaz Sarhan cakap tiada apa-apa, means tiada gangguan mahkluk halus. Ditepuk2 belakang arwah dan sebelum balik, mereka bersalaman.
19 Jun 2011,
Berehat di rumah je sbb kepenatan. Nampak sedikit perubahan pada arwah ayah. Alhamdulilah ..
20 Jun 2011,
Aku keje tapi suamiku amik cuti seminggu temankan arwah ayah dan ibu kat rumah. Arwah ayah nampak sedikit ceria. Bergurau senda dgn batrisya dan ibuku. cuma arwah dah xberselera nak makan time ini. Ibu ada tanya arwah nak balik Kuantan tak,tapi arwah beria2 ckp xnak balik. Nak duk rumah aku jer.
21 Jun 2011,
Aku masih keje. Arwah ayah dan ibu bersama suami + anak berehat di rumah. Arwah ayahku nampak sihat dan sedikit bertenaga. Makan pun suap sendiri. Selalunya, ibu yg suapkan. Nampak sedikit improvement la. Aku pun gembira tgk perubahan ni. Ibu tanya lg arwah nak balik tak, arwah tetap xnak balik.
22 Jun 2011,
Aku sengaja amik cuti arini sempena b'day Batrisya. Nak meluangkan masa bersama arwah ayah dan family tapi ntahlah, rasa malas datang dan xde mood nak celebrate b'day si kecik ni. lepak2 dgn arwah ayahku @ rumah je. Petang tu, arwah ckp nak makan sup keting UK. Kami sekeluarga xperasan pun perubahan pada arwah ayah. Arwah ayah sempat bersihkan diri sendiri dan mintak nak solat.
8.30 mlm ( 22 Jun 2011),
Jumpa Farah sekeluarga. Nenek dan atuk semenyih beria-ria nak jumpa arwah ayahku. Ibu perasan arwah dah gelisah time ni,seolah2 cam xselesa dgn keadaan cam tu.
10.00 - 10.30 mlm ( 22 Jun 2011)
Arwah ayah duduk di kerusi menggosok dada. Aku dan ibu ingat arwah kena serangan jantung time ni. Ibu bagi ubat bawah lidah tuk legakan sakit dada. Keadaan arwah ayah kembali tenang. Tak lama kemudian, kelihatan dahi arwah ayah berpeluh2. ibu dan suamiku bukakan baju arwah. Aku cemas dan cuba kol ambulans tuk mintak pertolongan. Sedang bz kol ambulans, aku dan ibu terdengar bunyi yg pelik dr dlm bdn arwah ayah ( bunyi dtg dr perut),kemudian arwah dgn sendirinya bangun dari kerusi untuk baring di bawah, kepalanya diribakan ibu dan jasadnya menghadap kiblat. Suami dan ibuku sempat mengajar arwah ayah mengucap 2 kalimah syahadah. Habis je mengucap, arwah ayahku memandang ke atas. Sangkaanku arwah ayah memandang ibu. Beberapa minit kemudian, arwah ayah tutup mata tuk selamanya...
10.40 -11.00 mlm
Ambulans sampai dan arwah ayahku dibawa ke Hospital Kajang. Dalam ambulans, aku terdengar bahawa ayahku dah pergi tuk selamanya tapi ibu masih tenang. Ibu percaya ayah cuma pengsan seketika. Jasadnya masih panas berada di atas katil dlm ambulans. Tubuhnya nampak kuning langsat. Lebih cantik dari masa arwah hidup. Mukanya berseri dan seolah-olah tersenyum. Alhamdulilah...
11.00 mlm
Doktor sahkan arwah ayah mmg dah meninggal dunia. Time yg sebenar arwah meninggal 10.50 mlm. Barulah time ni ibu aku menangis. Abg sulung sampai kat Hospital Kajang. Turut sama menangis. Sedih kehilangan org tersayang. Informed family @ kuantan. Akak uruskan keadaan di sana.Syukurlah abg aku ada, dia uruskan semuanya. Sebagai anak sulung, dia buat polis report dan cari kenderaan tuk membawa jenazah arwah ayahku balik ke Kuantan. Ramai kawan2 ofis dan sedara mara kami melawat arwah di hospital Kajang.Urusan di bilik mayat pun cepat. Pendek kata, semuanya dipermudahkan oleh-Nya.
1.00 pagi ( 23 Jun 2011)
Van jenazah dari masjid Sg.Jelok sampai dan bersedia untuk membawa jenazah arwah ayahku ke Kuantan. Bergerak meredahi kesejukan malam dan melalui LPT, jenazah arwah ayah akan dibawa meninggalkan Hospital Kajang menuju ke rumahnya di Kuantan.Abg aku dan ibu follow van jenazah.
4.00 pagi
Jenazah arwah ayahku selamat sampai di rumah. Diikuti adik bongsu @ terengganu yg balik serta merta,dihantar oleh lecturer dia. Aku sampai lambat sedikit sbb balik rumah amik barang2 yg tertinggal. Sampai rumah, semuanya telah disediakan oleh akak dan dibantu keluarga terdekat. Tilam telah tersedia untuk meletakkan jenazah sementara menunggu ahli khairat kematian datang membawanya ke masjid Al-Muttaqim.
6.30 pagi - 9.00 pagi
Jiran-jiran dan ahli keluarga tak kira jauh dan dekat termasuk adik beradik arwah ayahku dtg melawat dan menziarahi buat kali terakhir. Suasana di rumah mmg tersangatlah hiba dan ibu hampir pengsan bila ibu sudah mula menerima kenyataan yg arwah ayah betul2 meninggal dunia. Anak2 dan adik beradik ibu menenangkan keadaan ibu.
9.00 pagi - 10.30 pagi
Ahli khairat kematian datang mengambil jenazah untuk dibawa ke masjid Al-Muttaqim bagi urusan mandi, kafan dan solat jenazah. Alhamdulilah, jenazah arwah ayahku dimandikan sendiri oleh abg dan adik lelaki bongsu serta dibantu oleh imam masjid itu. Setelah dikafankan, ahli keluarga terdekat termasuk anak cucu dipanggil utk menatap serta mencium arwah buat kali terakhir. Terasa sejuk je pipi arwah ayahku tatkala aku mencium wajahnya. Setelah jenazah arwah ayahku siap dikafankan, tibalah saat solat jenazah.
10.30 pagi - 11.00 pagi
Setelah selesai solat jenazah, arwah dibawa ke Tanah Perkuburan Bt. 8, Kg Pandan, Kuantan untuk disemadikan selamanya. Kubur telah tersedia.Tepat jam 11.00 pagi, jenazah arwah ayahku selamat masuk ke liang lahad.Talkin dibacakan dan tahlil berserta doa. Urusan pengebumian berjalan dgn lancar. Amin...
Aku bersyukur kepada-Mu kerana memberi aku peluang terakhir bersama arwah ayahku walaupun selama ini aku sorang je yg tinggal jauh dari Kuantan. Aku berpeluang menatap wajahnya menghembuskan nafas terakhir. Arwah begitu tenang mengadap Ilahi.
Ya Allah, semoga roh arwah ayahanda yg disayangi dan dirindui selalu,
Hj. Ngah b.Mamat ditempatkan bersama para syuhada',para anbia', org-org beriman serta soleh.Al- Fatihah ...