Daisypath Anniversary tickers

October 26, 2010

Nombor

Nombor ape ? nombor ekor ke ? hish,xde la nombor ekor. Nombor ape erk...senang citer matematik la. 2-3 hari ni,saya asyik tgk nombor je.Sana sini nombor. Naik pening kepala ni. huhuhuh.. Boleh x hidup tanpa nombor seketika ?? hehehe,xbleh la,duit pun nombor gak. :))

Naik muntah dah tgk nombor,dah lama xkerah otak tuk proses mengira ni. si kecik tu pun sibuk nk belajar mengira. abis duit syiling disepahkan.

So,tuk proses merehatkan minda,kita g tgk wayang dulu mlm ni :D.

Jom tgk wayang..... citer Altitude ...

October 17, 2010

Bajet 2011

Baru je beberapa hari lepas PM umumkan pasal bajet 2011,so apa perasaan semua ? ada yg gembira ada juga yg biasa2 je.perasaan ku,biasa je la.bajet 2011 ni xde rugi dan untung sgt pun pd kami yg berada dlm sektor semi gomen ni.

Apapun,saya ttp bersyukur. Belanjawan bajet 2011 telah diluluskan.Bagi mereka yg suka berbelanja barangan jenama dr luar negara,disitu dpt pengurangan harga.Alhmadulilah tapi saya bukanlah tiap2 bln berbelanja brgn overseas :) 

Tak kisahle bekerja di sektor awam or swasta,masing2 ade je benefitnya. Cuma bajet 2011 berita gembira buat ibu2 mengandung.Dpt cuti bersalin 90 hari..tahniah :) tp maksimum 300 hari ..pikirkan klu ade yg merancang tuk memiliki anak 5 org :)

Bersyukur la apa yg kita dpt hari ni.Sebenarnya ade hikmah tersendiri di mana kita mencari rezeki. Saya gembira dgn apa yg saya dpt hari ni.Saya berterima kasih pd company yg saya berkhidmat kini kerana telah mencurah jasa yg byk sejak zaman saya belajar. Dari bantuan scholarship hinggalah saya berkhidmat sendiri di company yg berdiri teguh. Ttp nadi kepada Malaysia :)

Walaupun bajet 2011 byk memberi berita gembira kepada sektor gomen sendiri,saya ttp gembira juga sbb saya pun dpt imbuhan tersendiri drpd company. Mungkin ade give and take :)

Kita mengejar wawasan 2020...negara yg berpendapatan tinggi ...semoga kita berjaya bersaing maju dgn negara lain. amin....



October 16, 2010

Budak Comel

Seminggu xbercerita kat blog ni,mcm2 hal berlaku. Puteri kesayangan saya dah berumur 2 tahun 4 bulan. Dia dah pandai mcm2.Saya suka tgk perkembangannya tapi dia lasak. Mengapa dia lasak ? tgk le pic dia ni :-

 

kawan baik dia skang ni mr.otromen.Ada otromen kecik & besar. yg kecik tu tinggal tgn sebelah je sbb dia dah hari-hari belasah otromen ni,kdgkala klu dia geram,kaki otromen kecik pun dia cabut2...hohohho..lepas geram kat sape tu ?? mama ke or abah :D klu tgk pic ni,sblh tgn lg satu ade pistol.mmg mainan kaum lelaki la tapi dikuasai oleh batrisya :)

mr.otromen besar ni baru dpt mgu lps.ikut atuk & nenek balik muar,dptle mr.otromen besar nih.mula2 syg sgt otromen ni,jejak tanah pun tak bagi.bila nk tido mlm,peluk cium otromen nih.bila nk g nursery,disumbatnya otromen ni dalam rumah mainan dia. otromen disuapnya ubat bila ckp otromen demam...mmg dia syg otromen ni :)

tetapi,nasib otromen tidak lama & berpanjangan.smlm otromen besar pun kena belasah oleh dia.sian otromen.habis kempis udara dlm bdn otromen..jd kassim baba dah otromen tu.terpaksa la abah tiup balik otromen tu :pwalaupun batrisya ni nmpk ganas,tp kat nursery kena gigit dgn bdk lain dia nangis.

batrisya mmg lasak tp utk diri sendiri,bkn ke baik cam tu ? owh ya,dia rajin baca buku.habis semua buku org pun dia nak baca sampaikan buku mama pun nk baca.dia sibuk je nk main calculator tp dia pgl calculator "1,2,3". smlm dia kenakan abahnya sekali lg.time tu,abahnya tgh tido "abah,bgn!,tgk tu,sape dtg...papa acong dtg ah "...memandai je ckp papa acong dtg,pdhal xde sape pun dtg :(

ntah apa-apa la batrisya nih...tp mama ttp sygkan batrisya walaupun kdgkala batrisya suka 'kacau' mama :)

noted : ngape batrisya suka buli mr.otromen dia ? klu la ade adik,batrisya buli adik cam ni ker ? takutnya nanti :(



October 05, 2010

He's turn not older with years

1/10/10 yang lepas,birthday my King.Tiada apa yg special tuk pak cik nih. Umur makin meningkat but as what i said,he's not turn older with year :P .sila bagi credit to me, en.hubby.Maaflah siaran ni tertunda seminggu lebih.Tiada masa yg sesuai tuk story mori citer bitrhday my King ni. Seperti biasa,bila ade sambutan birthday,yg akan mengambil tempat pertama pastilah Miss Adreeana Batrisya.Just tiup je lilin hiasan kat meja makan.Malas nk beli kek sbb xde org nk mkn,maybe batrisya leh habiskan kek tapi we need to control her. She's on diet :p 
batrisya suka tiup lilin

On that day,simple celebration je. My King cuma minta nk makan Tripple Cheeseburger..so,after balik keje,terus melepak kat Golden Arch Bangi. Tiada yg special tuk my King arini. Well,present erk...

Hadiah dah diberi awal,sebulan awal dari tarikh yg sepatutnya. He requested handphone,so i just bought him a Nokia phone,model C6. Don't asked me details about this gadget. I dont know.Saya sedikit buta IT.sorry guys :(.

Happy Birthday my Laling
Happy Birthday my Laling
Hepi u u abah ( this is batrisya version )
muah muah muah
we love u so much


Sedikit kejutan yg saya beri pada my King pagi itu  ialah birthday card. Saya design this card dgn idea sendiri. Diletak atas baju keje sebelum my king bersiap2 pakai baju. He's really appreciated it and hug me. :)) 

my King with Tripple Cheese burger

we are in family

September 24, 2010

~ Open door or Open house ~

Suasana Syawal masih lg terasa.Sana sini dpt undangan open house.Org kata puasa sebulan raya pun sebulan la...mak oiiii ( mengalahkan budak yg baru belajar puasa ) ^_^. Saya pun masih beraya walaupun dah start keje raya ke-4 lagi :(

Ala,keje bknnya penghalang nk raya sana sini.Siang keje,mlm masih boleh beraya.Last week,kawan2 & sedara dtg raya rumah. Hidangan yg simple je sempat dihidangkan.Sempatlah saya hidangkan bihun sup bebola ayam & spagethi bolognaise.Ni pun main hentam je resipinya,tapi saya sempatlah google tuk bahan-bahannya.

Bangganya sebab 1st time masak,terus menjadik :p.Saya bukanlah pakar dalam memasak,yg saya tau cuma mkn je.BTW,saya suka mencuba. Hasilnya xde la kecewa sgt :). So now,our turn plak beraya kat rumah kekawan & sedara. Saya beraya rumah kak ipar,kak ipar hidangkan sizzling mee. Nice taste. Sempat mintak resipi tapi xtau le bila saya akan mencuba resipi itu :(.

Malam td,beraya rumah kawan baik kitorg merangkap mama & papa batrisya yg ke-2. Rumah Pn.Farah Fatihah le.Beria2 mesej kitorang sebab dia nk masak special. Thanks yea Farah bersusah payah masak tuk kitorang.Tak sia2 la sbb hidangan tu mmg sedap. Farah hidangkan mee bandung,sedap sgt walaupun dia cuma tambah bahan2 je :D.

Kepada kawan2 yg nak dtg beraya rumah,silalah dtg tapi bgtau awal2.Senang saya sediakan juadah. :)
Selamat Menjamu Selera ( minggu open house ).

Noted : Beraya sambil makan :D

September 13, 2010

Masih cerita raya... (raya mode)

Hari ni, dah masuk raya ke-4 la..masih ramai yg bercuti di kampung..tapi ade sesetengah tu dah masuk keje..hehehe :). Saya dah start keje arini, tapi sebabkan perut terkejut menerima mcm2 makanan,dgn rasminya saya disahkan cuti sakit.Fuh,best gak melepak kat rumah :)

Apapun,suasana di Bangi masih sunyi. Tiada kedai makan yg buka,byk yg tutup.Maybe pekerja balik kg jauh..Byknya kedai mamak je yg bukak kedai. Memandangkan perutku lapar & tiada kerajinan memasak + kepenatan raya semalam masih terasa, we just decided to have lunch at Mc Donald je. Makan le fast food ;p sambil melepak berjam2 kat situ.

Huh,dpt MC dari doktor tuk rest tapi saya melepak di Mc Donald...hohohoh..Perut saya masih kejang,ada ke perkataan kejang tuk perut ?? Acceptable je la.Saya masih lagi dlm suasana raya walaupun jasad dah kena pergi   keje. Thn ni, kami xdapat cuti panjang atas sebab2 tertentu. :(

Raya tahun ni amat bermakna sbbnya anak saya,Batrisya dah pandai beraya + beraya di Kuantan dulu. Bapa saya pun dah semakin sembuh even dia xberapa byk ckp. so,saya rasa double happy sebab Allah perkenankan doa saya.Saya mmg mengharapkan bapa sentiasa sihat. :)

Saya sentiasa rindu tuk berada di sisi keluarga Kuantan lama2 tapi masa & keadaan tidak mengizinkan. I wish that my company akan transfer saya ke Kuantan. I really hope that :) ..amin...


bersama atuk kesayangan batrisya

September 11, 2010

Raya..raya...raya ...

ai..ai..ai...dah lama sgt saya tidak menjenguk blog ni..yeay,dah lama juga tidak mencoret apa2 penulisan penting atas diari online ni...saya masih rindu ingin berblog tapi apakan daya...waktu tidak mengizinkan :(.. kesibukan keje + aktiviti bersama keluarga membataskan tuk berblogging...huhuhuhu..

masih belum terlambat tuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam seluruh dunia,tidak lupa kepada keluarga dan sahabat andai..Maaf zahir & batin andai kata selama ni terlepas ckp secara lgsg atau tidak samaada dlm penulisan or percakapan/perbuatan. Kita masih lagi menyambut raya ke-2,saya masih berada di kampung halaman meluangkan masa menyambut kegembiraan bersama semua sanak saudara..melayan tetamu mengunjungi rumah :)

Seronok saat menyambut kunjungan tetamu..tetamu membawa rezeki ..heheehe..amin " rezeki tuk anak ( duit raya) "... :) Thn ni, kami sekeluarga menyambut raya di belah keluarga saya ( my turn ),so semua adik beradik berkumpul di rumah ma & ayah :) Tiada kuih raya dihidangkan cuma kerepek & jajan tuk budak,tiada sape nk mkn kuih raya. Well,thn ni gak saya agak malas tuk buat kuih raya sbbnya bln puasa byk keje nk uruskan ..huhuhuhhu..maklumla,memegang jawatan lebih pada 1 amat memenatkan.. :p

my sweet family

all of my family :)

my lovely siblings

Meriahnya raya thn ni sbb batrisya dah pandai beraya..bestnye.. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin