Daisypath Anniversary tickers

March 12, 2011

dah bulan Mac la....

Aiyok, dah masuk bulan Mac !!
kena stop for a while segala aktiviti ni
segala aktiviti ronggeng spt tgk wyg
tapi aku nak tengok citer Hikayat Merong Mahawangsa tu
tolong...tolong la en. hubby :D

Final exam dah dekat ni
kalau x silap aku
final exam start 12 - 26 april
kejap je masa berlalu

aku lgsg xstart baca buku ni
tahun ni, aku cuma amik 6 subjek
yg plg penting, fokuskan pada kimia organik
bila la boleh luangkan masa tuk sesi menghafal

nak kena hafal Jadual Berkala... penting !!!
dulu aku hafal jap,pastu lupa balik
tmbh2 lak kalau baca buku dgn batrisya
dia plak pandai2 tukar

batrisya pun rajin tgk buku
dia tgk gambar, pastu reka citer sendiri
nak marah dan tergelak pun ada
mcm2 kretiviti dia

dpt komen dari cikgu nursery
dia pandai tukar lirik lagu
dan suka sgt main instrument
cikgu dia suggest hantar batrisya ke music school

aku perasan batrisya suka amik raket abahnya
pastu buat gaya gitar, then dia nyanyi lalalalala
kdg2, main laptop buat gaya keyboard
tapi dia bijak gak baca doa
kira balance la music dan agama

mcm2 la batrisya ni
lg 3 bulan genap 3 tahun
I love u so much, baby

March 04, 2011

Siakap Bakar Portugis



Jemput makan semua..menu dinner mlm ni Siakap Bakar Portugis. Al-kisahnya sbb pergi Giant semalam, ternampak offer seekor siakap RM 7.99 (700g).. wow,murahnya. terusje saya pancing je ikan siakap ni,nmpk mata ikan ni pun segar lg,xde pakai lens kaler merah ..hahahahaha.

Selalunya resipi siakap orang asyik masak stim je,kali ni nk tukar resipi plak. Puas saya google sana sini cari resipi ikan bakar, so terjumpalah resipi dari sorang akak ni sudipkayu.blogspot.com. tapi saya ubah sikit resipinya.

Bahannya :- 
  • Ikan siakap 700 g
  • Sedikit minyak utk menumis
  • 1 labu bawang besar - kisar
  • 3 ulas bawang putih - kisar
  • 5 tangkai cili kering - kisar
  • sedikit belacan - kisar
  • 1 btg serai - kisar
  • 1 inci halia - kisar
  • sedikit air asam jawa
  • Aluminium foil - utk balutkan ikan
Cara-cara :- 
  • Tumis bahan yang dikisar hingga betul-betul masak.
  • Masukkan air asam jawa bersama garam dan perasa.
  • Letakkan ikan ke dalam aluminium foil bersama bahan yg ditumis td.
  • Bakar selama 10-15 minit.
  • Sedia dihidang bersama nasi panas.

Lagi sedap klu dicicah bersama air asam. abaikan gambar yg tidak menarik tapi rasanya sedap...puji diri sendiri la !

March 02, 2011

3 mak dara + 1 anak dara

Saje je nak bersihkan sawang2 yang penuh kat blog ni. Lama giler aku xmenulis or masukkan apa2 entry terbaru. Nak kata bz,semua org pun bz...yang pasti aku sedikit malas skang ni. Sorry la. Nothing to share yang interesting pun. Just nak show off muka 3 mak dara pinggitan and plus 1 anak dara pinggitan. So, guess it who is masih anak dara ? hehehehe...aku ker ..confirmla bukan sebab aku ade anak dara yang comel lote tuh !!! 
*
*
*
*
*
Here we are ...comel kan !!! uwargh..perasannya....

taken from library P9

Ade cerita di sebalik gambar tersebut. Tengokla muka masing-masing..Senyum terpaksa walhal perut semua dah berbunyi lagu kugiran. Terpaksa skip waktu lunch tuk siapkan assignment sbb dateline tgl lagi 3 hari. Ni semua sbb xpaham masa cikgu ajar dalam kelas. Study by group je la. Nasib dapat kawan2 yg banyak membantu explain itu ini.My roomate and classmate ni. Apapun, i wish all of you termasukla diri ini good luck for the final exam ni.
So,caiyok !!!! pas exam...leh enjoy and cuti2 lagi :D

Noted : from left ( depan) ...of coz saya yg comel dan kak yan.. & (behind me) along & dayah. 

January 23, 2011

Welcome to world...Zara Iman :)



Entri sedikit ketinggalan...sorry but i still have a good news to share it with evryone :)
Finally,saya telah selamat mendapat seorang lagi puteri yang kedua..hehehhee..Dont be surprised,actually ini my adopted baby. Comel sgt this princess ni. Teringat zaman melahirkan baby Batrisya.. :). Little princess ni adik pada Batrisya. BTW,tahniah tuk Farah sekeluarga atas kehadiran org baru. A little info pasal my second baby :- 
 Zara Iman Bt Mohd Sollehin
dilahirkan di Az-Zahrah,Bangi pd 15/1/11
dgn seberat 3.00 kg

Nanti batrisya dah ade kawan baru...Congrats Mama Farah & Papa Achong.

January 19, 2011

Kuda ku Gagah Berlari ("_")

Batrisya teringin sgt naik kuda, setiap kali nmpk je mainan kuda mesti dia nak naik. Last Sunday, kitorang bawak dia g Tasik Titiwangsa,sbb saya pernah terperasan waktu bercinta dulu kat situ ade tempat kuda ( kantoi ,dating kat situ :p) hahaha ...

Memang masih ade lagi tempat kuda kat situ dan bayarannya mmg murah sgt2 !! Hanya RM1 tuk dewasa dan RM0.50 tuk budak. Murah je kan. Sbb dah mmg murah,jadi kenalah queue panjang tunggu turn nak naik kuda. Ade dua pakej kat sini, satu tuk sesi menunggang kuda dan satu lg sesi tuk menaiki kereta kuda. So,we decided amik pakej menaiki kereta kuda..ala2 citer Cinderella.Batrisya punya la seronok bila ckp jap lg kita naik kereta kuda.

Sambil tunggu turn kitorang, dia lyn tgk kuda padi yg terkurung dalam kandang. Biasalah si kecik ni,mcm2 dia tanya itu ini, kitorang layankan je sebab mmg proses pembesaran dan perkembangan budak adalah normal ( byk tanya ). Kitorang dapatlah menaiki kereta kuda dengan satu pusingan selama 5 minit. Sian plak tgk kuda ni bawak kitorang. Berat sgt kot :D

Dah naik kereta kuda, singgah plak kat playground tasik tu. Si kecik ni main gelongsor,buaian dan mcm2 la sampai xnak balik !! Masa ni, dah nak ke senja, mulalah mama cari idea nk umpan dia balik. Terpaksa belikan ice cream tuk dia, baru berlari-lari nak balik.

Kadang2 time weekend kena luangkan masa tuk beriadah bersama anak, barulah keakraban dan kemesraan terjalin. Anak pun terbuka minda dengan suasana yang baru.

January 13, 2011

Manjakan Diri Suami Anda !!


manjakan diri suami anda ? of coz, saya terasa ingin memberi habuan kepadanya kerana telah banyak membantu saya dalam urusan rumah tangga dan sokongan moral pada saya dalam apa yang saya tempuhi. Mr. Right saya telah bersusah payah menjaga Batrisya selama 3 minggu semasa ketiadaan saya di rumah. Sebab itu saya terasa ingin manjakan diri dia.

Ganjarannya ialah Mr.Right dapat rawatan pakej spa ( Full-body massage) by Ubud Spa.Saya pernah mencuba massage kat sini, best dan harga pun still berpatutan.So, pada suatu petang yg tenang, saya  mengajak mr.right ke Ubud Spa tapi sebelum tu bg dia mkn kenyang2 dulu. Takut nanti dia merungut lapar la,dahaga la,lebih cerewet drpd bobo plak :p...

Dah sampai kat spa, mr.right xtau nk pilih pakej apa,at lastnya sbgai wife yg baik ( ehehehe) saya pilihkan pakej Ubud spa yg merangkumi foot spa,sauna, full body massage selama 1 jam 45 mnit. My hubby angguk tanda setuju,then kami berdua tunggu je kat lobi spa.

wajah gembira tuk masuk sauna ;p

Lama tu nk tunggu abiskan 1jam 45 minit, saya dan my dotter amik pic sana sini,terutama interior design spa ni. Cantik dan mendamaikan,rasa cam leh praktis kat bilik tidur rumah ni ;p. Sambil tunggu,saya tgk pakej2 yg ditawarkan kat spa. Well,pakej dia not bad la. Harga pun still reasonable. hahahah,tp xde la tiap2 bln nk bg pakej ni kat my hubby. Nanti saya pun pengsan !!!

Finally, time's up! my hubby keluar dengan muka segar bugar. Lawak je..:D. then,bila dah keluar dr spa tu, dia ckp urut tu best (opps,diurut oleh lelaki tau!) mmg dia puas ati dgn urutan tu,tp yg dia merungut sbb duk dlm sauna lama sgt dgn suhu 36'C selama 30 minit.hahahaha. dia ckp mcm baru lepas main badminton..:p.



Apa2 je la wahai hubbyku, yg pasti bila suami suka,isteri pun suka :) lalalala....( sambil my hubby ucap terima kasih pd isterinya).


January 06, 2011

Happy New Year 2011


Pose teristimewa buat semua.Wah, rasanya masih belum terlewat tuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011. Walaupun kita telah melangkah tahun 2011 seminggu yang lalu tapi bobo ttp nk wish gak " Selamat Tahun Baru ". Tahun 2011 bermakna usia saya telah meningkat 1 angka lagi !! walaupun usia meningkat tapi hati dan jiwa saya masih terasa muda ...wakakaka...

Bila masuknya tahun baru, ramai akan bertanya apa azam kita ? Saya xde azam pun...tiap2 hari saya tanamkan azam baru,xde tunggu tahun baru pun. Saya cuma berharap keluarga saya sentiasa sihat dan bahagia..amin :).

Rentetan 2010, byk perkara pahit dan manis yang berlaku. Selain tu,sempatlah menghabiskan saki baki cuti dengan melayan kerenah batrisya.Sempat bawak dia pusing-pusing Penang dan berpicnic  di PD bersama keluarga angkatnya.  

yang pasti, tahun 2011 akan lebih bermakna dengan kehadiran orang baru, insya Allah. Saya xsabar nak tatap muka adik Batrisya yang kemungkinan akan lahir pada minggu depan :). Batrisya akan jadi kakak..oppps,sudah sediakah jadi kakak ni ?? 

Tunggu je la.. semoga semuanya selamat :) 


noted : batrisya dapat adik bulan Jan ??? betul ke nih :p