Daisypath Anniversary tickers

December 09, 2010

Batrisya belajar solat :)

Amin..amin..amin..sejuk perut saya bila tgk pic batrisya belajar solat nih. Terharu dan rasa bersyukur yang amat sangat si kecik nk belajar solat.Alhamdulilah..Moga saya dikurniakan anak yang solehah,sihat dan bijaksana seperti nama nya Batrisya ( KebijaksanaanKu) :))

Actually,pic ni di'mms' kepada saya dari en.suami, maklumlah time ni saya masih berada di Penang..selesaikan apa yang telah saya mulakan. Memula dapat 'mms',hati saya tersentuh..jauh di sudut hati saya rasa gembira,anak kecil ni sedang solat walaupun pakaiannya tidak lengkap bg seorang perempuan.

Terus saya kol en.suami, dan tanya " Batrisya solat ?" Jawab en.suami , " a'ah,dia yg mintak nk solat" . Hati masih terkejut .." Apa?" ..hubby terus la bercerita psl batrisya,batrisya ckp pdnya... " Abah,nak solat". Terus diberi sejadah kepadanya dan dia melakukan aksi ini..amin..amin :))


Batrisya tgh kusyuk berdoa

Walaupun umurnya baru mencecah 2 tahun 6 bulan,tapi dia sangat bagus.Sekurang-kurangnya, saya bangga dapat anak macam Batrisya..biarlah tidak sempurna solatnya tapi dia mengerti apa itu solat. Saya akan terus mengajar dia dari saat ini hingga ke akhirnya... Mama rindu sgt batrisya saat ni :((




December 02, 2010

It's Dec

yeay, we are in Dec now. Cold and freezing all day. yealah, ujan je tapi  xde snow :p Saya suka time ni sbb Dec byk cuti dan tinggal beberapa ari lg tuk masuk tahun baru. Kejap je masa berlalu.Kalau dulu, my baby  kecik je. X tau bercakap tapi skang suara dia je yg dengar sana sini.

Tika saya meng'updated' blog ni, saya berada di Penang ...jauh dari my baby and of coz my laling la..rindunya kat diorg. Saya harap saya xmenangis kali ni. heheehe..Every day,my baby kol dan ckp "mama,sayang mama". good girl la batrisya ni.Tersentuh hati ni bila dgr dia ckp mcm tu.

owh, i really miss them :(. Saya xsabar nk abiskan semua kerja kat sini then balik jumpa diorg. walaupun kdg2 batrisya suka 'gaduh' manja dgn saya. Rindunya :). Mama sayang batrisya tau ( maybe bila batrisya dah besar dan pandai baca ;p -dia akan tengok ni ). 

Dec bulan akhir bagi setiap tahun ( mengikut kalendar biasa la), so apa aktiviti korang ? ramai yang amik cuti tuk bwk family jalan2.maklumla cuti sekolah. sana sini penuh org. Penang pun sesak. Ramainya org dtg sini sbb nk makan nasi kandar or sbb ada Pesta Penang ? 

BTW,nasi kandar Penang mmg sedap. Pure resipi Nasi Kandar Penang. Rasanya kalau datang sini, merata2 kedai nasi kandar but for me, maybe sekali dua ok tuk try nasi kandar... tapi kalau hari2, saya xtahan !! heheehe ;p

Cukupla setakat ni je dulu. Saya nk bersiap tuk lab amali. .. Bubye ........

Noted : Lab.Amali dari pagi sampai malam :D pengsan ..hehhee