Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label masakan. Show all posts
Showing posts with label masakan. Show all posts

March 04, 2011

Siakap Bakar Portugis



Jemput makan semua..menu dinner mlm ni Siakap Bakar Portugis. Al-kisahnya sbb pergi Giant semalam, ternampak offer seekor siakap RM 7.99 (700g).. wow,murahnya. terusje saya pancing je ikan siakap ni,nmpk mata ikan ni pun segar lg,xde pakai lens kaler merah ..hahahahaha.

Selalunya resipi siakap orang asyik masak stim je,kali ni nk tukar resipi plak. Puas saya google sana sini cari resipi ikan bakar, so terjumpalah resipi dari sorang akak ni sudipkayu.blogspot.comtapi saya ubah sikit resipinya.

Bahannya :- 
  • Ikan siakap 700 g
  • Sedikit minyak utk menumis
  • 1 labu bawang besar - kisar
  • 3 ulas bawang putih - kisar
  • 5 tangkai cili kering - kisar
  • sedikit belacan - kisar
  • 1 btg serai - kisar
  • 1 inci halia - kisar
  • sedikit air asam jawa
  • Aluminium foil - utk balutkan ikan
Cara-cara :- 
  • Tumis bahan yang dikisar hingga betul-betul masak.
  • Masukkan air asam jawa bersama garam dan perasa.
  • Letakkan ikan ke dalam aluminium foil bersama bahan yg ditumis td.
  • Bakar selama 10-15 minit.
  • Sedia dihidang bersama nasi panas.

Lagi sedap klu dicicah bersama air asam. abaikan gambar yg tidak menarik tapi rasanya sedap...puji diri sendiri la !

November 19, 2010

Sambal Tahun

hah,pernah dengar x nama sambal tahun ni ? Sambal tahun ni mmg femes & feveret org2 Jawa ni :)). Sambal tahun ni selalunya disediakan time ade keramaian or majlis2 istimewa. Itu yg saya dpt info dr my hubby le.Al-maklumla,suami saya org Jawa tp bukanla jawa dari kepulauan Indon nun,ala..jawa Perak je :D heheheehe..

bila dia start speaking German,saya tercenggang je mendengar,tapi sejak dah hidup serumah 3 tahun lebih....dah tau le sikit2 bahasa German ni. Si kecik ni pun pandai mengira nombor dlm bahasa German sbbnya ayahanda rajin mengajar :).

okle,berbalik pada sambal tahun ni,rasanya mmg sedap.Hidangan ni mmg lengkap dgn seafood di dalamnya.Ada udang,sotong, kerang tapi yg plg penting ialah cili padi. owh...sambal tahun ni mmg pedas...mmg berasap telinga !!! saya mmg sukakan pedas tp bila mencuba sambal tahun ni,saya pun mengalah. MIL rajin sediakan sambal tahun ni bila semua anak cucu balik kg.

Kali ni,saya berpeluang perkenalkan sambal tahun ni secara dekat,selalunya sambal tahun ni xsempat nk bertahan pun lebih dari sehari. Licin. Rasanya mmg sedap ..sedap dimakan bersama nasi panas,jemput2 or apa saja le. Rasa pedas membangkitkan selera makan. Cubalah tapi saya xtau resipi nya...sorry :(

Nama sambal ni sambal tahun sebab sambal ni boleh tahan lebih dari berhari2 dgn syarat panaskan je sambal ni. MIL sediakan sedikit sambal tahun pada Hari Raya Korban tuk dimakan bersama lemang dan nasi himpit.
So,ni le rupa sambal tahun ni.

sambal tahun home made by MIL

Saya akan cuba risik2 resipi sambal tahun dari MIL nanti...hahahaha :p
Jemput tgk pic je la yea...owh..yg saya tau bahasa jawa ni je "wes mangan? " eheheheh...


July 15, 2010

Laksa Pantai Timur




laksa yang marvellous

Hari ni,teringin makan Laksa Pantai Timur. so,balik keje terus ber'silat' kat dapur comel ku.hehehe,dah lama xmemasak ni.warming up dulu dapur2 ku itu :D smbl kol mak kat kg.yealah tnyer resipi nk buat kuah laksa.walhal dah search tenet sana sini bahan-bahan tuk buat kuah laksa. Okle, kuah laksa pantai timur ni warnanya putih sbb pakai santan.

Walaupun 1st time cuba,en.suami tambah 2 mangkuk..sedap oooo.. :D ( jgn jeles yea).hah,si bobo pun ckp sedap mi ni...kehkehkeh...bangga jap mama nya :) 

saya updated resipi yg simple ni : - 

Bahan2 kuah :- 
* 1 kg ikan kembong -direbus & buang tulangnya,pastu kisar
* 2 labu bwg besar - dikisar
* 1 ulas bwg putih - dikisar
* 1 kotak santan pekat
* 1 sudu serbuk lada hitam
* sedikit air
* sedikit garam & perasa

Ulam2 :-
* kacang panjang 
* tauge
* kobis- 
* cili api -dikisar bersama belacan

Laksa segera - balik rebus je :)

Cara2 :-
1) campurkan 1/2 kotak santan pekat bersama air,bwg kisar,serbuk lada hitam & ikan yg dikisar.

2) kacau hingga sebati & didihkan.

3) apabila mendidih,masukkan baki 1/2 kotak santan pekat bersama perasa & garam.

4) Kacau hingga betul2 masak & padamkan api.

5) Sedia dihidangkan.

Selamat Mencuba :) 

Noted : resipi yang simple dr bonda tersayang. Terima kasih ibu ku :)


April 14, 2010

Fishball + Prawn soup


sup yg baru siap dimasak

ready to 'ngap'

Menu kesukaan si kecik ni,sup bebola ikan + udang,lgpun kejap je mama dia nk sediakan. it's only takes 5 minutes :) walaupun nmpk cam xmenyelerakan tapi bobo suka sgt & akan ckp ' dap'..wah,bangga giler mamanya sebagai tkg masak di dapur 5 bintang :D ,suka ati la nk letak berapa bintang,dapur rumah sendiri..hehehee..okler 

Bahan-bahannya : 

Udang sederhana besar = 10 ekor (klu rajin,buangkan kulitnya)
1/2 paket fish ball
sedikit cauliflower
1/2 kiub ayam
1 ulas bwg besar - dihiris nipis
sedikit bwg putih - dicincang
minyak tuk menumis
2 cwn air

Caranya :-

1. Panaskan sedikit minyak & tumis bwg besar & putih sehingga berbau harum. Masukkan air,tgu hingga air mendidih,masukkan kiub ayam.Kacau rata.

2. Masukkan fishball & cauliflower.Akhir sekali,masukkan udang.Masak hanya sekejap sbb bila masak udang terlalu lama,isinya akan jadi keras :)

3. Sedia dihidangkan. Boleh dimakan bersama nasi & bihun. Terpulang pada selera memasing :D

Noted : ira xmasukkan bhn perasa & garam sbb kiub ayam td sudah mencukupi sebagai bhn perasa. Tidak sesuai terlalu byk bhn perasa utk anak anda yg sedang membesar :) Hidangan ni cukup lengkap sbb ade udang,fishball & cauliflower utk sumber vitamin kepada anak anda :).


April 04, 2010

Laksa Kari @ Mi Kari

Jumaat lepas ira masakkan menu special tuk suami & batrisya tersayang., lgpun tekak sendiri teringin makan mi kari...selalunya kalau teringin mesti g SR tuk mkn kari laksa @ mi kari ni.tapi kali ni nak tunjuk skill memasak ;p oleh itu,dengan rajinnya aku mencuba masak sendiri laksa kari @ mi kari mengikut resipi Kak Ros (sila rujuk sini) tapi diolah mengikut selera dan kesesuaian si manja di rumah ni, Terima kasih Kak Ros.

maklumlah,dapur  pun jarang sgt berasap..sesekali kena warming up juga dapur kat rumahku ni...
nk jadikan masakan ni sedap kena rajin praktis ;p bkn hanya rujuk pada resipi....kdg2,air tgn isteri ni sedap sekiranya ikhlas..ewah :D
apapun,aku ttp mencuba memasak sesedap yg mungkin supaya suami jatuh cinta..iyea ke ?? selama ni hubby ku xcinta ke ?? jgn mrh yea bang...ni acah je :p

ni la hasil aku berhempas pulas di dapur selama 20 minit tuk siapkan hidangan bagi 3 beranak makan...:)
nampak sedap kan ? :D sang suami ckp sedap...'ala-ala SR'..ye ke ?? ke takut duit abang kopak kena belanja makan kat situ :D 

close up skit !!
laksa kari @ mi kari
hidangan penuh berkhasiat..yummy...

Bahan-bahannya :-

1 labu bawang besar - dikisar
Segenggam udang kering - dikisar
1/2 kotak santan pekat
sedikit cili giling @ kisar - ni tuk cantikkan kuah (terpulang pd kawan2 tuk pedas)
sedikit serbuk kari daging - aku slh guna kari ikan :(
1 batang serai - di ketuk
3 cawan air
sedikit minyak tuk menumis
1 bungkus fishball
1 bungkus fishcake
5 ekor udang -dibuang kulit
2 ekor sotong sederhana besar - dipotong bulat2
1 bungkus tauhu kering
Garam & perasa - ikut tekak sendiri

Utk hiasan :- 

sedikit sawi- dicelur
3 bili telur - direbus
semangkuk kerang - direbus & dikopek kulitnya
1 bungkus mi kuning - dicelur
sedikit lada merah bg yg ingin pedas - dihiris2

Cara-caranya :- 

1.Panaskan sedikit minyak untuk menumis bawang besar & udang kering yg telah dikisar.Tumis sehingga naik bau,then masukkan cili giling &serai yg diketuk. Masukkan sedikit serbuk kari & kacau hingga sebati.

2. Masukkan sedikit santan pekat,3 cawan air.Tunggu hingga menggelegak.masukkan garam & perasa.Tambahkan lagi santan hingga habis.Kacau.

3.Biarkan seketika,then masukkan fishball,fishcake,tauhu kering,udang & sotong.Tunggu hingga kesemua bahan masak & kacau.

4.Hiaskan mangkuk anda dgn mi kuning & kawan2nya,tuang kuah ke atas mi tadi & mkn pns2. sedapnya hingga hubby akan mintak tambah lg :p


Noted: anda boleh lebihkan aksesori pada laksa kari@mi kari terpulang kepada selera masing2.bagi ira,ira lebihkan fishball sebab si kecik ni mmg suka mkn fishball :)..seronok tgk dia mkn dgn selera,lbh2 lg air tgn ibu yg memasak utknya :)

selamat menjamu selera ...




February 05, 2010

luv to eat !!!

our dinner tonite ~~

a plate for mr. hubby

healthy meals for bobo 

for me 

resipi : - 

  • frozen food je - ready made kat supermartket byk !!
  • then,goreng di waktu kemalasan
  • hiaskan dgn salad & timun
  • sedikit sos & mayonis (bobo suka sgt ;p)
  • cuma amik masa 5 minutes.. -siap dihidangkan 

heheheeh..yg penting,sedap,jimat masa & kenyang :)

bobo dah ngantuk !!!

perut dah kenyang,mata pun dah ngantuk..
heheehehe :)



July 19, 2009

Rendang ayam marvellous

dinner tuk ari sabtu lps,aku sempat masakkan rendang ayam marvellous..nm ni diberi sempena rasanya yg pasti menyengat,mana taknya pakai cili api kg..hehehee..aku teringin sgt mkn rendang ayam + nk practice nk kena masak tuk raya thn ni ke..al-maklumla thn ni raya kat umah mertua di perak,buatnya kena sediakan menu rendang.klu xtau nnti,buat malu je.so kwn2,lynle snap gambo rendang ni..
bahan-bahan :-
  • 1 ekor aym
  • * bawang besar 4 labu besar
  • * bawang putih 1 labu besar
  • * cili api ikut rasa sendiri
  • * kunyit hidup sebesar ibu jari
  • * serai 10 batang
  • sedikit minyak tuk menumis
  • sedikit air
  • santan pekat
  • garam & mr.ajinomoto -perasa
  • daun kunyit

cara-cara :-

  • blendkan bhn yg bertanda * dan akan jd seperti rajah 1
  • panaskanminyak dan tumis bahan yg dikisar sehingga cili api & bwg bwg btl2 masak/pecah minyak.
  • masukkan air,santan sedikit dan ayam. Kacau.
  • tunggu sehingga ayam masak.
  • masukkan perasa dan santan.Tunggu sehingga kuah menjadi pekat.
  • siap dimakan...bersama nasi panas..

July 05, 2009

steamboat my style

batrisya tgh merenung masa dpn :)

pagi ahad yg membosankan,aku bgn lmbt..batrisya pun sama..hubby aku lg la..mmg plg lmbt bgn tidur..hahahhaa..aku bgn pun sbb batrisya dah melalak ngs nk susu..huhuhu..mmg bgs pun..xpyh pakai jam loceng..on the spot trus bgn dgr suara batrisya yg nyaring ni..sape2 yg ada drh tinggi..aku xglkkan mendekati batrisya sbb mmg leh skt kepala la kejap ..tmbh2 lak bila tgh tido..dgr dia ngs....huhuhuhu...

dia bkn nk apa pun ..nk susu je..dpt susu..terus diam n tido..gambo di atas sempatle di snap tika dia tgh merenung ms dpn kot...hahahahaa..
aku xde apa nk citer psl weekend ni..cuma masa aku tuk rest je la..ari ahad ni aku masak simple je..masak nasi,goreng ayamas drumstik,buat telur dadar n sup sayur..simple je..


pastu hubby aku kena g ofis..tinggalla aku n batrisya kat umah..lyn si kecik ni main n dgn aku tertidur sama..aci x ? hubby blk dah lwt ptg..aku nk kuar..mcm mls plak..so aku masak steamboat ikut style aku tuk dinner..abis gak dibelasah oleh aku n hubby..hahaha


ni resipi steambot my style :


Bhn-bhn:-
isi ayam didadu

sotong dipotong nipis2

isi ketam segera

fish ball

sosej

daging burger (dipotong 4)

telur

kangkung

cendawan tiram

kubis

Bhn utk kuah steamboat (soup)

Bwg kisar

ikan bilis kisar

1 liter air

kiub pati ayam knorr

Cara-cara memasak :

1) tumis bwg kisar hingga naik bau..

2)masukkan ikan bilis kisar dan air

3)tunggu mendidih dan masukkan kiub pati ayam knorr ikut rasa.

4) bila mendidih,masukkan bhn2 tuk steamboat td.

5) masa untuk menikmati hidangan steamboat yg hebat.:)

6) utk lbh kick..tmbhkan smbl kicap..mmg sedap