Daisypath Anniversary tickers

April 04, 2010

Laksa Kari @ Mi Kari

Jumaat lepas ira masakkan menu special tuk suami & batrisya tersayang., lgpun tekak sendiri teringin makan mi kari...selalunya kalau teringin mesti g SR tuk mkn kari laksa @ mi kari ni.tapi kali ni nak tunjuk skill memasak ;p oleh itu,dengan rajinnya aku mencuba masak sendiri laksa kari @ mi kari mengikut resipi Kak Ros (sila rujuk sini) tapi diolah mengikut selera dan kesesuaian si manja di rumah ni, Terima kasih Kak Ros.

maklumlah,dapur  pun jarang sgt berasap..sesekali kena warming up juga dapur kat rumahku ni...
nk jadikan masakan ni sedap kena rajin praktis ;p bkn hanya rujuk pada resipi....kdg2,air tgn isteri ni sedap sekiranya ikhlas..ewah :D
apapun,aku ttp mencuba memasak sesedap yg mungkin supaya suami jatuh cinta..iyea ke ?? selama ni hubby ku xcinta ke ?? jgn mrh yea bang...ni acah je :p

ni la hasil aku berhempas pulas di dapur selama 20 minit tuk siapkan hidangan bagi 3 beranak makan...:)
nampak sedap kan ? :D sang suami ckp sedap...'ala-ala SR'..ye ke ?? ke takut duit abang kopak kena belanja makan kat situ :D 

close up skit !!
laksa kari @ mi kari
hidangan penuh berkhasiat..yummy...

Bahan-bahannya :-

1 labu bawang besar - dikisar
Segenggam udang kering - dikisar
1/2 kotak santan pekat
sedikit cili giling @ kisar - ni tuk cantikkan kuah (terpulang pd kawan2 tuk pedas)
sedikit serbuk kari daging - aku slh guna kari ikan :(
1 batang serai - di ketuk
3 cawan air
sedikit minyak tuk menumis
1 bungkus fishball
1 bungkus fishcake
5 ekor udang -dibuang kulit
2 ekor sotong sederhana besar - dipotong bulat2
1 bungkus tauhu kering
Garam & perasa - ikut tekak sendiri

Utk hiasan :- 

sedikit sawi- dicelur
3 bili telur - direbus
semangkuk kerang - direbus & dikopek kulitnya
1 bungkus mi kuning - dicelur
sedikit lada merah bg yg ingin pedas - dihiris2

Cara-caranya :- 

1.Panaskan sedikit minyak untuk menumis bawang besar & udang kering yg telah dikisar.Tumis sehingga naik bau,then masukkan cili giling &serai yg diketuk. Masukkan sedikit serbuk kari & kacau hingga sebati.

2. Masukkan sedikit santan pekat,3 cawan air.Tunggu hingga menggelegak.masukkan garam & perasa.Tambahkan lagi santan hingga habis.Kacau.

3.Biarkan seketika,then masukkan fishball,fishcake,tauhu kering,udang & sotong.Tunggu hingga kesemua bahan masak & kacau.

4.Hiaskan mangkuk anda dgn mi kuning & kawan2nya,tuang kuah ke atas mi tadi & mkn pns2. sedapnya hingga hubby akan mintak tambah lg :p


Noted: anda boleh lebihkan aksesori pada laksa kari@mi kari terpulang kepada selera masing2.bagi ira,ira lebihkan fishball sebab si kecik ni mmg suka mkn fishball :)..seronok tgk dia mkn dgn selera,lbh2 lg air tgn ibu yg memasak utknya :)

selamat menjamu selera ...




No comments:

Post a Comment