October 28, 2011

2 days 1 nite @ Melaka

Cuti perayaan Deepavali lepas, kami sekeluarga bercuti di Melaka Bandaraya Bersejarah.  Negeri yg terkenal dgn sejarah Kesultanan Melayu dan kesan2 peninggalan org2 Portugal. A short vacation je, sbb pergi cuma 2 hari 1 malam. Bertolak dari Bangi pada pukul 3.30 ptg, sampai Melaka pukul 5.30 petang. 

Sampai je Melaka, kitorang terus menuju ke arah Pantai Klebang. Hajat di hati nak bersantai di tepi pantai, tapi suasana petang tidak mengizinkan sbb hujan turun dgn lebatnya. Kami cuma tengok pantai dari dlm kereta je.Nasib la batrisya memahami, tak mengamuk nak turun tgk pantai. Singgah minum ABC Tanjong yg femes tu di kala hujan :D. 

 both of us

 batrisya & ABC Tanjong


Check in kat hotel budget je sbb pikir esok nak check out dah. Malam tu, kami pergi ke Menara Taming Sari. Ramainya org naik menara ni,tapi tiket agak mahal la. Cancel je la niat nak naik menara tu. Batrisya beria ajak naik basikal berlampu @ beca berhias.Rugi plak kalau tak naik beca berhias ni jika datang ke Melaka.
us @ trishaw of love

Balik bilik terus tido memandangkan hujan yg tidak mengizinkan kami explore Bandar Melaka. Esoknya,pas check out, kitorg pergi ke Kompleks  Muzium Maritim. 1 tiket boleh masuk 3 muzium yg berkaitan maritim. Best jugak, dapat tunjukkan pada Batrisya rupa sebenar kapal dan helikopter. Batrisya teruja dan seperti biasa, dia akan bertanya itu ini. Dia kan dalam proses pembelajaran. 


Meninjau sejarah awal penubuhan TLDM, i pun teruja tengok pakaian rasmi TLDM ni. Cantik dan suci gitu,yelah warna putih. 

Penat berjalan dalam 3 muzium ni, singgah la minum. Tambah lak, hujan selebat-lebatnya. Susah nak meredah bangunan yg berdekatan. Nanti takut batrisya kena hujan, nak elakkan si kecik tu demam la. Kitorang jalan2 je la kat dalam bangunan Dataran Pahlawan. Ada juga tempat kraftangan. Kalau nak beli cendaramata or FM, kat sini byk pilihan. Harga pun not bad :).


Malam tu, sebelum kami bertolak balik ke Bangi, we alls decide nak naik Melaka River Cruise. Bila naik boat ni di waktu malam, nampak lebih meriah dengan disimbahi cahaya lampu berwarna-warni. Naik River Cruise ni selama 45 minit dengan tiket hanya RM 10 per adult. Murah la. Lagipun dpt menyusuri sungai Melaka.


Bergerak balik ke Bangi pada jam 11.00 malam dengan sedikit penat tapi penuh dengan kepuasan. Cewah, lagipun sedikit sebanyak me'relax'kan minda dan berhibur bersama family. Last but not least, percaya or tak, budget ktiorg kali ni cuma RM 300 , tu pun rasanya masih berbaki duit dlm wallet sbyk RM 15..

Utk rujukan back packer or budget travel : - 

Minyak Bangi - Melaka - Bangi  : RM 30
Tol (pergi balik)                          : RM 22
Bugdet Hotel                              : RM 80-100
Entertainment (tiket muzium, beca, river cruise) : RM 70
Makan-makan                            : RM 100

Itu hanyalah anggaran budget....


Berakhirla a short vacation kami...2 nights 1 night @ Melaka :)







4 comments:

  1. cik ira oi, naik taming sari 10 ringgit jeee...u tgk harga kat kaunter, kena kasi mykad dapat 10 ringgit...

    ReplyDelete
  2. farah,time ira pergi tu deepavali..mmg rate xleh diskaun..huhuhuh :( so kitorg naik river cruise je la :D

    ReplyDelete
  3. lain kali jangan g time public holidayyyy...tgk cam kitorg g time org keje..hehe

    ReplyDelete
  4. hehehe...next trip plak p melaka :)

    ReplyDelete