Daisypath Anniversary tickers

September 24, 2010

~ Open door or Open house ~

Suasana Syawal masih lg terasa.Sana sini dpt undangan open house.Org kata puasa sebulan raya pun sebulan la...mak oiiii ( mengalahkan budak yg baru belajar puasa ) ^_^. Saya pun masih beraya walaupun dah start keje raya ke-4 lagi :(

Ala,keje bknnya penghalang nk raya sana sini.Siang keje,mlm masih boleh beraya.Last week,kawan2 & sedara dtg raya rumah. Hidangan yg simple je sempat dihidangkan.Sempatlah saya hidangkan bihun sup bebola ayam & spagethi bolognaise.Ni pun main hentam je resipinya,tapi saya sempatlah google tuk bahan-bahannya.

Bangganya sebab 1st time masak,terus menjadik :p.Saya bukanlah pakar dalam memasak,yg saya tau cuma mkn je.BTW,saya suka mencuba. Hasilnya xde la kecewa sgt :). So now,our turn plak beraya kat rumah kekawan & sedara. Saya beraya rumah kak ipar,kak ipar hidangkan sizzling mee. Nice taste. Sempat mintak resipi tapi xtau le bila saya akan mencuba resipi itu :(.

Malam td,beraya rumah kawan baik kitorg merangkap mama & papa batrisya yg ke-2. Rumah Pn.Farah Fatihah le.Beria2 mesej kitorang sebab dia nk masak special. Thanks yea Farah bersusah payah masak tuk kitorang.Tak sia2 la sbb hidangan tu mmg sedap. Farah hidangkan mee bandung,sedap sgt walaupun dia cuma tambah bahan2 je :D.

Kepada kawan2 yg nak dtg beraya rumah,silalah dtg tapi bgtau awal2.Senang saya sediakan juadah. :)
Selamat Menjamu Selera ( minggu open house ).

Noted : Beraya sambil makan :D

September 13, 2010

Masih cerita raya... (raya mode)

Hari ni, dah masuk raya ke-4 la..masih ramai yg bercuti di kampung..tapi ade sesetengah tu dah masuk keje..hehehe :). Saya dah start keje arini, tapi sebabkan perut terkejut menerima mcm2 makanan,dgn rasminya saya disahkan cuti sakit.Fuh,best gak melepak kat rumah :)

Apapun,suasana di Bangi masih sunyi. Tiada kedai makan yg buka,byk yg tutup.Maybe pekerja balik kg jauh..Byknya kedai mamak je yg bukak kedai. Memandangkan perutku lapar & tiada kerajinan memasak + kepenatan raya semalam masih terasa, we just decided to have lunch at Mc Donald je. Makan le fast food ;p sambil melepak berjam2 kat situ.

Huh,dpt MC dari doktor tuk rest tapi saya melepak di Mc Donald...hohohoh..Perut saya masih kejang,ada ke perkataan kejang tuk perut ?? Acceptable je la.Saya masih lagi dlm suasana raya walaupun jasad dah kena pergi   keje. Thn ni, kami xdapat cuti panjang atas sebab2 tertentu. :(

Raya tahun ni amat bermakna sbbnya anak saya,Batrisya dah pandai beraya + beraya di Kuantan dulu. Bapa saya pun dah semakin sembuh even dia xberapa byk ckp. so,saya rasa double happy sebab Allah perkenankan doa saya.Saya mmg mengharapkan bapa sentiasa sihat. :)

Saya sentiasa rindu tuk berada di sisi keluarga Kuantan lama2 tapi masa & keadaan tidak mengizinkan. I wish that my company akan transfer saya ke Kuantan. I really hope that :) ..amin...


bersama atuk kesayangan batrisya

September 11, 2010

Raya..raya...raya ...

ai..ai..ai...dah lama sgt saya tidak menjenguk blog ni..yeay,dah lama juga tidak mencoret apa2 penulisan penting atas diari online ni...saya masih rindu ingin berblog tapi apakan daya...waktu tidak mengizinkan :(.. kesibukan keje + aktiviti bersama keluarga membataskan tuk berblogging...huhuhuhu..

masih belum terlambat tuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam seluruh dunia,tidak lupa kepada keluarga dan sahabat andai..Maaf zahir & batin andai kata selama ni terlepas ckp secara lgsg atau tidak samaada dlm penulisan or percakapan/perbuatan. Kita masih lagi menyambut raya ke-2,saya masih berada di kampung halaman meluangkan masa menyambut kegembiraan bersama semua sanak saudara..melayan tetamu mengunjungi rumah :)

Seronok saat menyambut kunjungan tetamu..tetamu membawa rezeki ..heheehe..amin " rezeki tuk anak ( duit raya) "... :) Thn ni, kami sekeluarga menyambut raya di belah keluarga saya ( my turn ),so semua adik beradik berkumpul di rumah ma & ayah :) Tiada kuih raya dihidangkan cuma kerepek & jajan tuk budak,tiada sape nk mkn kuih raya. Well,thn ni gak saya agak malas tuk buat kuih raya sbbnya bln puasa byk keje nk uruskan ..huhuhuhhu..maklumla,memegang jawatan lebih pada 1 amat memenatkan.. :p

my sweet family

all of my family :)

my lovely siblings

Meriahnya raya thn ni sbb batrisya dah pandai beraya..bestnye.. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin