Daisypath Anniversary tickers

May 08, 2011

Hari Ibu Sedunia

My Princess Adreeana Batrisya,

Thank you for being my dotter. Thank you for everything especially ragam kamu!!! Mama penat dgn kerenah kamu tapi mama ttp sygkan batrisya sepenuh hati mama. Walaupun mama marah bknlah erti mama benci tapi mengajar kamu menjadi seorang yg berguna di masa akan datang.. and I'm always love u,batrisya !!!

Happy mother's day khas untuk semua kaum wanita dan ibu di luar sana,xkesahla apa pgln tuk diri anda sama ada mama,mommy,ummi,ibu or apa saja. yg penting,kamulah ratu di hati anak serta suri buat suami tercinta. Sempena hari ibu sedunia,saya juga ingin mengucapkan Happy Mother's day utk ibu tersayang Pn.Halimah Osman serta MIL Pn. Tumirah. Tanpa kamu,siapalah kami!  

my family potret with beloved mom
Sempena Mother's Day gak aku dapat kad daripada anak kesayangan, Nur Adreeana Batrisya. Pihak nursery telah mengajar dia create mother's day card tuk diberi pada mama bersama sebiji cup cake....tapi al-maklumla kek tersebut xsempat mama rasa,dia dah makan dulu :)

mother's day card origin by bobo

i love u too babe
Sbgai ganti kek yg xsempat mama makan,so en.suami bermurah hati membelanjakan set Strawberry strudel di Strawberry moment,Cameron Highland. Jauh youuuu en.suami belanja mkn :D. 

strawberry strudel set @ strawberry moment

mother's of the day :D

Anyway,thank you syg...i love u so much much...& syg sgt jugak mak aku & MIL. Aku pernah menjadi seorang anak dan kini bergelar seorang ibu. aku harap aku tabah untuk menjadi seorang ibu dlm mendidik anak!!

i love you,mama
Happy Mother's Day to all of you.




                                                                                                                            

May 05, 2011

Ber"steam" di Red Wok Restaurant

aku mkn kat Red Wok Restaurant ni dah lama,tapi sbb mls nk upload pic kat pc..jadinya x terpost2 psl steamboat ni. Bila tgk gambar dlm kamera,baru la terperasan. Saje je nk share mkn steamboat kat red wok ni,bg yg dah biasa mkn ok la.Bagi yg masih mencari2 nak mencuba steamboat di tempat baru, bolehla mencuba di sini. Aku xdpt komisen pun promote steamboat ni.Share ilmu ni bagus kan !!! 

Oklah, price tuk mkn steamboat kat sini not bad la. Ada 2 set & price kat sini : 
Korean Sizzling steamboat : RM 26.00 per adult
Steamboat : RM20.00 per adult

Bagi kanak2,harga dia separuh dari harga dewasa. Kanak2 dikira bkn sebab umur tapi ketinggian tau. Bagi tinggi melebihi 100 cm,akan dicaj separuh harga dewasa. Below 100 cm,consider FREE.

Aku bertiga try mkn set korean sizzling steamboat, ala mcm korang grill sendiri la. Klu pilih set steamboat je,korang xdiberi kuali grill tu. korang dpt periuk tuk merebus je . Pilihan makanan mmg byk giler. lebih 100++ variasi. Terpulang pada korang la tuk memilih.

Opps lupa nk inform,aku bwk anak yg berumur cuma 2thn dan anak aku hampir2 dicaj half price tetapi bernasib baik sbb ketinggian dia cuma 96cm. Huh,selamat :p. Maklumla bdk 2 thn mkn sikit je xmcm aku dan suami..hehehehehe

Kuah steamboat sini mmg sedap. Daging dan ayam yg diperap dgn rempah ratus membangkitkan selera korang time grill tuh. Sedap sgt.Mcm mkn kat restoran korea plak. Si batrisya suka jagung bakar. 

Our bill
Daging yg tgh di"grill"
Kuali yg kosong
Chef amirul gigih memasak 
 Bobo enjoyed her foods
 Pinggan mangkuk yg kosong
My dessert

Kat sini, bkn hanya ade steamboat. Disediakan juga ala-carte. kalau korang nk order ala-carte, aku cadangkan korang share je sbb hidangan yg disediakan tuk 2 org mkn. that's y harga nasi goreng sepinggan rm8. makanan kat sini sedap dan ala-ala chinese style.

Kalau nk dtg time weekend, better korang booking dulu sbb kalau main serang je, korang xkan dpt meja dan terpaksa menunggu lama...

May 04, 2011

Walimatul Urus Lyn

Alhamdulilah,selesai sudah majlis perkahwinan Lyn dan pasangannya, Din. Tahniah buat korang berdua. Majlis ni pada 30 April lepas sempena pesta Jom Heboh TV3 kat Kuantan tu. Kebetulan time tu aku balik kuantan dan mmg bercadang nak pergi kenduri diorang ni. akhirnya aku datang gak kenduri ni bersama hubby + anak + anak buah sorang.

Aku pergi kenduri kawen ni dah dkt kul 4 ptg. Tak sempatlah nak tgk pengantin bersanding. So,aku mkn je la apa yg ada. Of course ada nasi minyak,makanan rasmi org kawen tapi aku perasan ade lauk ikan patin masak tempoyak. Sedap ni....jadiknya aku mknle nasik minyak bersama ikan patin masak tempoyak. Rasa pelik sikitla sbb sepatutnya ikan patin masak tempoyak dimakan bersama nasi putih.

Tapi sbb tarikan ikan patin masak tempoyak ni lg menggiurkan, aku makan gak dgn nasik minyak. Perfect la combination ni..nasik minyak + ikan patin..sedap wey....menjilat jari tapi cover2 skit jari tuh sbb ramai lg org dtg time tuh. Si pengantin plak tgh bz bergambar dgn tetamu2,sementara aku tgh gigih meratah ikan patin :p

Well,dah abis mkn,sesi aku plak g snap2 pic pengantin ni. pengantin ni cantik,tmbh lak pelamin yg diletak di luar rumah memudahkan urusan penggambaran dilakukan. Aku suka kaler purple dan putih ni. Nampak soft dan semulajadi.Semua nmpk cantikla. Actually,aku dah lama xjumpa Lynn ni,rasanya dah hampir 8 tahun kot. Lyn ni merupakan roomate aku masa aku study kat Terengganu dulu. Nak borak pnjg, pengantin tgh bz melayan tetamu. Malasla aku kaco.

Lyn & Din

potret family di majlis Lyn & Din

Apapun, terima kasih Lyn sekeluarga sebab menjemput aku ke majlis perkahwinan ko. Tahniah kepada korang berdua.. Moga sentiasa aman bahagia dan dikurniakan cahaya mata comel2 bg mengikat sebuah perkahwinan.. muahs...

May 03, 2011

Perjuangan dah selesai !

Jenguk jap blog ni, amboi byknya habuk
Lama sgt tuan rumah x menjenguk
Sibuk + malas nk tgk blog sendiri
sorry la yea.... :)

Detik demi detik berlalu,
Rasa lega je ati ni bila semua dah settled
yg penting, final exam tuk thn ni dah tamat!
leh tarik nafas pnjg2 dan berehat sebulan dari tgk buku



Abis je exam, mcm2 yg aku plan
memula aku nk g tenangkan minda
plan no.1 berehat bersama family & BFF
yang pasti balik kg dulu kat Kuantan nun

Nak bertapa jap kat Kuantan
Hirup udara segar dan view yg cantik
bersama2 yg tersyg gitu !!



selamat bercuti Hari Pekerja ..............muahs