Daisypath Anniversary tickers

May 04, 2011

Walimatul Urus Lyn

Alhamdulilah,selesai sudah majlis perkahwinan Lyn dan pasangannya, Din. Tahniah buat korang berdua. Majlis ni pada 30 April lepas sempena pesta Jom Heboh TV3 kat Kuantan tu. Kebetulan time tu aku balik kuantan dan mmg bercadang nak pergi kenduri diorang ni. akhirnya aku datang gak kenduri ni bersama hubby + anak + anak buah sorang.

Aku pergi kenduri kawen ni dah dkt kul 4 ptg. Tak sempatlah nak tgk pengantin bersanding. So,aku mkn je la apa yg ada. Of course ada nasi minyak,makanan rasmi org kawen tapi aku perasan ade lauk ikan patin masak tempoyak. Sedap ni....jadiknya aku mknle nasik minyak bersama ikan patin masak tempoyak. Rasa pelik sikitla sbb sepatutnya ikan patin masak tempoyak dimakan bersama nasi putih.

Tapi sbb tarikan ikan patin masak tempoyak ni lg menggiurkan, aku makan gak dgn nasik minyak. Perfect la combination ni..nasik minyak + ikan patin..sedap wey....menjilat jari tapi cover2 skit jari tuh sbb ramai lg org dtg time tuh. Si pengantin plak tgh bz bergambar dgn tetamu2,sementara aku tgh gigih meratah ikan patin :p

Well,dah abis mkn,sesi aku plak g snap2 pic pengantin ni. pengantin ni cantik,tmbh lak pelamin yg diletak di luar rumah memudahkan urusan penggambaran dilakukan. Aku suka kaler purple dan putih ni. Nampak soft dan semulajadi.Semua nmpk cantikla. Actually,aku dah lama xjumpa Lynn ni,rasanya dah hampir 8 tahun kot. Lyn ni merupakan roomate aku masa aku study kat Terengganu dulu. Nak borak pnjg, pengantin tgh bz melayan tetamu. Malasla aku kaco.

Lyn & Din

potret family di majlis Lyn & Din

Apapun, terima kasih Lyn sekeluarga sebab menjemput aku ke majlis perkahwinan ko. Tahniah kepada korang berdua.. Moga sentiasa aman bahagia dan dikurniakan cahaya mata comel2 bg mengikat sebuah perkahwinan.. muahs...

No comments:

Post a Comment