Daisypath Anniversary tickers

June 25, 2010

Bersantai di Kota Kinabalu - part 2

smbgan pada entry lepas ....

pada hari ke-2 di KK, akak saya try to contact best fren dia yg duk di Teluk Sepanggar (TLDM base). Finally jumpalah diorang 1 family. al-maklumlah,akak dah 3 tahun xjumpa kawan dia ni. Bila jumpta,tau-tau je la riuhnya mcm ne. Dah namanya pmpn :D,nasiblah ayah & suami saya ok. Melayan kerenah kami semua. Apapun, kawan akak ( Kak Su) & suaminya bawak kami jalan2 sekitar KK.

Memandangkan kita bawak ramai kanak-kanak riang, tmpt yg dituju ialah Muzium Sabah & Kg.Kebudayaan.  Terletak di bandar KK & jaraknya cuma 5-10 minit. Kat Muzium Sabah ni menceritakan sejarah peribumi Sabah,pakaian tradisi & byk lg. Muzium (tmpt simpanan sejarah ) :) klu nak tau lebih lanjut,search je google.

Sebelah muzium,ade kg. kebudayaan. Pastu kami ramai2 lepak minum kat cafe muzium sabah. Panas plak cuaca time tu bah. Kak Su & suami bawak we olls ke pantai Tg.Aru. Sempatlah singgah seketika & aiman mandi manda kat pantai tu. Kak Su terpaksa balik awal sbb suaminya ade dinner TLDM,tapi suaminya sempat bgtau en.hubbyku tmpt mkn yg best area KK iaitu Likas.

Kat Likas ni,ade anjung selera. Seafood dia segar2 & murah2 gak. Kita boleh pilih & masak seafood tersebut ikut selera kita. So,mlm tu ayah saya pilih ikan kerapu & ikan merah je bersama kailan ikan masin.tapi kedai yg dipilih masakannya kurang sedap. So,kami agak kurang puas ati.

kami sekeluarga bersama kak su & family

bergambar di depan beg org sabah

dinner kat anjung selera Likas

suami saya tiada lg :p

ikan kerapu steam limau

ikan kerapu,ikan merah & kailan ikan masin

Dah abis mkn,kami terus balik hotel sbbnya esok dah plan nk g snorkeling. Tunggu the next episod.Enjoy this part dulu yea kawan2....

to be cont'....


No comments:

Post a Comment