Daisypath Anniversary tickers

December 09, 2010

Batrisya belajar solat :)

Amin..amin..amin..sejuk perut saya bila tgk pic batrisya belajar solat nih. Terharu dan rasa bersyukur yang amat sangat si kecik nk belajar solat.Alhamdulilah..Moga saya dikurniakan anak yang solehah,sihat dan bijaksana seperti nama nya Batrisya ( KebijaksanaanKu) :))

Actually,pic ni di'mms' kepada saya dari en.suami, maklumlah time ni saya masih berada di Penang..selesaikan apa yang telah saya mulakan. Memula dapat 'mms',hati saya tersentuh..jauh di sudut hati saya rasa gembira,anak kecil ni sedang solat walaupun pakaiannya tidak lengkap bg seorang perempuan.

Terus saya kol en.suami, dan tanya " Batrisya solat ?" Jawab en.suami , " a'ah,dia yg mintak nk solat" . Hati masih terkejut .." Apa?" ..hubby terus la bercerita psl batrisya,batrisya ckp pdnya... " Abah,nak solat". Terus diberi sejadah kepadanya dan dia melakukan aksi ini..amin..amin :))


Batrisya tgh kusyuk berdoa

Walaupun umurnya baru mencecah 2 tahun 6 bulan,tapi dia sangat bagus.Sekurang-kurangnya, saya bangga dapat anak macam Batrisya..biarlah tidak sempurna solatnya tapi dia mengerti apa itu solat. Saya akan terus mengajar dia dari saat ini hingga ke akhirnya... Mama rindu sgt batrisya saat ni :((




December 02, 2010

It's Dec

yeay, we are in Dec now. Cold and freezing all day. yealah, ujan je tapi  xde snow :p Saya suka time ni sbb Dec byk cuti dan tinggal beberapa ari lg tuk masuk tahun baru. Kejap je masa berlalu.Kalau dulu, my baby  kecik je. X tau bercakap tapi skang suara dia je yg dengar sana sini.

Tika saya meng'updated' blog ni, saya berada di Penang ...jauh dari my baby and of coz my laling la..rindunya kat diorg. Saya harap saya xmenangis kali ni. heheehe..Every day,my baby kol dan ckp "mama,sayang mama". good girl la batrisya ni.Tersentuh hati ni bila dgr dia ckp mcm tu.

owh, i really miss them :(. Saya xsabar nk abiskan semua kerja kat sini then balik jumpa diorg. walaupun kdg2 batrisya suka 'gaduh' manja dgn saya. Rindunya :). Mama sayang batrisya tau ( maybe bila batrisya dah besar dan pandai baca ;p -dia akan tengok ni ). 

Dec bulan akhir bagi setiap tahun ( mengikut kalendar biasa la), so apa aktiviti korang ? ramai yang amik cuti tuk bwk family jalan2.maklumla cuti sekolah. sana sini penuh org. Penang pun sesak. Ramainya org dtg sini sbb nk makan nasi kandar or sbb ada Pesta Penang ? 

BTW,nasi kandar Penang mmg sedap. Pure resipi Nasi Kandar Penang. Rasanya kalau datang sini, merata2 kedai nasi kandar but for me, maybe sekali dua ok tuk try nasi kandar... tapi kalau hari2, saya xtahan !! heheehe ;p

Cukupla setakat ni je dulu. Saya nk bersiap tuk lab amali. .. Bubye ........

Noted : Lab.Amali dari pagi sampai malam :D pengsan ..hehhee





November 19, 2010

Sambal Tahun

hah,pernah dengar x nama sambal tahun ni ? Sambal tahun ni mmg femes & feveret org2 Jawa ni :)). Sambal tahun ni selalunya disediakan time ade keramaian or majlis2 istimewa. Itu yg saya dpt info dr my hubby le.Al-maklumla,suami saya org Jawa tp bukanla jawa dari kepulauan Indon nun,ala..jawa Perak je :D heheheehe..

bila dia start speaking German,saya tercenggang je mendengar,tapi sejak dah hidup serumah 3 tahun lebih....dah tau le sikit2 bahasa German ni. Si kecik ni pun pandai mengira nombor dlm bahasa German sbbnya ayahanda rajin mengajar :).

okle,berbalik pada sambal tahun ni,rasanya mmg sedap.Hidangan ni mmg lengkap dgn seafood di dalamnya.Ada udang,sotong, kerang tapi yg plg penting ialah cili padi. owh...sambal tahun ni mmg pedas...mmg berasap telinga !!! saya mmg sukakan pedas tp bila mencuba sambal tahun ni,saya pun mengalah. MIL rajin sediakan sambal tahun ni bila semua anak cucu balik kg.

Kali ni,saya berpeluang perkenalkan sambal tahun ni secara dekat,selalunya sambal tahun ni xsempat nk bertahan pun lebih dari sehari. Licin. Rasanya mmg sedap ..sedap dimakan bersama nasi panas,jemput2 or apa saja le. Rasa pedas membangkitkan selera makan. Cubalah tapi saya xtau resipi nya...sorry :(

Nama sambal ni sambal tahun sebab sambal ni boleh tahan lebih dari berhari2 dgn syarat panaskan je sambal ni. MIL sediakan sedikit sambal tahun pada Hari Raya Korban tuk dimakan bersama lemang dan nasi himpit.
So,ni le rupa sambal tahun ni.

sambal tahun home made by MIL

Saya akan cuba risik2 resipi sambal tahun dari MIL nanti...hahahaha :p
Jemput tgk pic je la yea...owh..yg saya tau bahasa jawa ni je "wes mangan? " eheheheh...


November 15, 2010

The Vampire Diaries Books :))

2 minggu lepas,my little baby ni pergi Semenyih. Mcm biasala,atuk & nenek dia rindu sgt,so pinjam sehari bwk balik Semenyih. Mama dan abah pi dating la kejap. xsempat tgk wayang pon ;p

So,we olls pergi JJ Equine Park. owh,rupanya JJ ade sale lg. yealah,masih suasana raya Deepavali lg. tapi saya xde keinginan nk beli barang pun. Tgk2,terpandang satu selipar ni...cantiknya. (^_^) .Selipar buat tuan puteri ni. Saya beli tuk dia sebagai ganti kasut crocs yg dah rosak :D. main pilih je saiz tuk dia sbb my baby xde.

Slps kuar dari JJ,kebetulan ade program derma darah. Huh, saya geli tgk darah..cam nk muntah je ..tetiba teringat citer The Vampire Diaries,jauh tul imaginasi saya... hahaha. Kempen derma darah betul2 dpn kedai buku Popular. Saya sempatlah singgah kedai buku tersebut dan mata 'searching' something. Of coz my hubby dah tau apa yg dicari ~lalala~.

You know what was i grabbed ?? Guess it ....


Here are my collections :p


lalalalaala .....


November 11, 2010

all about her ;p

update !! update!! update all about my baby,batrisya...:) love her so so much... dia mkn bijak bercakap dan dah pandai berkawan. one more thing,pandai juga meng'pow'kan parents dia.huhuhu...

last week,we olls pergi Alamanda, nk tgk wayang,citer Altitude.citer yg ntah apa2,smpaikan the ending xphm :(. After tgk wyg,jln2 then my baby nmpk katak besar ni:p.dia terus ajak nk main ni. Tipu le ckp xde duit syiling,dia tetap nk main dan duk je dlm katak besar xnak kuar !!! so,melayan le kerenah dia jap.Nasib kena cukai cuma rm1 je..hahahaha (kedekut tol :p).

katak yg so beautiful ! 

my baby suruh masukkan duit !!! haih :(
The end of part yg kena 'pow'.

The new part ;-
Balik keje smlm,my baby ajak g taman kat rumah. Singgahla kejap sbb dia nk main. Tgh2 main,ade seorang kakak dtg main dgn dia. Bdk ni kira cam friendly,ajak my baby main sama2. Huh,si kecik ni suka la ade kawan. Kejap ajak kakak ni main buai la,papan gelongsor la.Penat je bdk tu melayan. Nmpknya batrisya ni pandai berkawan :)) . 
bdk comot ;p

with her new friend
Tu belum citer kat kedai mamak lagi...hahahaha 

November 04, 2010

After 21 days w/o rice ~~~ la ..la ..la


huh,statement diatas amatlah mengerikan. After 21 days w/o rice,what would happens to me ? am i slim ? oh yes,turun la beberapa kg.Amazing, but i'm still an asian people,so what ? nasi le juga kan ?? kan ?? btw, hari ni ttp xmkn nasi tp dah break my 'diet'. Wonderful day. :))

We had dinner at Kenny..hehehe 3 plate for 3 person termasukla my baby. Hah,amik tu,my baby pun 1 plate.
So,enjoy the food and pic. See ya .....
*
*
*
*
*

enjoy !!


besarnya nganga mulut tu !!

Dah abis, so leh mkn best2..heheehe tp now turn my baby plak kena 'diet'. Berat my baby ni dah 20 kg,so haruslah berdiet. Diet dia ialah "no chicken, only once in a month ". Berjayakah my baby diet tnp ayam ni ?? 
Bila nmpk  je sign KFC, jom...jom...ayam kepci...huhuuhuh..


October 26, 2010

Nombor

Nombor ape ? nombor ekor ke ? hish,xde la nombor ekor. Nombor ape erk...senang citer matematik la. 2-3 hari ni,saya asyik tgk nombor je.Sana sini nombor. Naik pening kepala ni. huhuhuh.. Boleh x hidup tanpa nombor seketika ?? hehehe,xbleh la,duit pun nombor gak. :))

Naik muntah dah tgk nombor,dah lama xkerah otak tuk proses mengira ni. si kecik tu pun sibuk nk belajar mengira. abis duit syiling disepahkan.

So,tuk proses merehatkan minda,kita g tgk wayang dulu mlm ni :D.

Jom tgk wayang..... citer Altitude ...

October 17, 2010

Bajet 2011

Baru je beberapa hari lepas PM umumkan pasal bajet 2011,so apa perasaan semua ? ada yg gembira ada juga yg biasa2 je.perasaan ku,biasa je la.bajet 2011 ni xde rugi dan untung sgt pun pd kami yg berada dlm sektor semi gomen ni.

Apapun,saya ttp bersyukur. Belanjawan bajet 2011 telah diluluskan.Bagi mereka yg suka berbelanja barangan jenama dr luar negara,disitu dpt pengurangan harga.Alhmadulilah tapi saya bukanlah tiap2 bln berbelanja brgn overseas :) 

Tak kisahle bekerja di sektor awam or swasta,masing2 ade je benefitnya. Cuma bajet 2011 berita gembira buat ibu2 mengandung.Dpt cuti bersalin 90 hari..tahniah :) tp maksimum 300 hari ..pikirkan klu ade yg merancang tuk memiliki anak 5 org :)

Bersyukur la apa yg kita dpt hari ni.Sebenarnya ade hikmah tersendiri di mana kita mencari rezeki. Saya gembira dgn apa yg saya dpt hari ni.Saya berterima kasih pd company yg saya berkhidmat kini kerana telah mencurah jasa yg byk sejak zaman saya belajar. Dari bantuan scholarship hinggalah saya berkhidmat sendiri di company yg berdiri teguh. Ttp nadi kepada Malaysia :)

Walaupun bajet 2011 byk memberi berita gembira kepada sektor gomen sendiri,saya ttp gembira juga sbb saya pun dpt imbuhan tersendiri drpd company. Mungkin ade give and take :)

Kita mengejar wawasan 2020...negara yg berpendapatan tinggi ...semoga kita berjaya bersaing maju dgn negara lain. amin....



October 16, 2010

Budak Comel

Seminggu xbercerita kat blog ni,mcm2 hal berlaku. Puteri kesayangan saya dah berumur 2 tahun 4 bulan. Dia dah pandai mcm2.Saya suka tgk perkembangannya tapi dia lasak. Mengapa dia lasak ? tgk le pic dia ni :-

 

kawan baik dia skang ni mr.otromen.Ada otromen kecik & besar. yg kecik tu tinggal tgn sebelah je sbb dia dah hari-hari belasah otromen ni,kdgkala klu dia geram,kaki otromen kecik pun dia cabut2...hohohho..lepas geram kat sape tu ?? mama ke or abah :D klu tgk pic ni,sblh tgn lg satu ade pistol.mmg mainan kaum lelaki la tapi dikuasai oleh batrisya :)

mr.otromen besar ni baru dpt mgu lps.ikut atuk & nenek balik muar,dptle mr.otromen besar nih.mula2 syg sgt otromen ni,jejak tanah pun tak bagi.bila nk tido mlm,peluk cium otromen nih.bila nk g nursery,disumbatnya otromen ni dalam rumah mainan dia. otromen disuapnya ubat bila ckp otromen demam...mmg dia syg otromen ni :)

tetapi,nasib otromen tidak lama & berpanjangan.smlm otromen besar pun kena belasah oleh dia.sian otromen.habis kempis udara dlm bdn otromen..jd kassim baba dah otromen tu.terpaksa la abah tiup balik otromen tu :pwalaupun batrisya ni nmpk ganas,tp kat nursery kena gigit dgn bdk lain dia nangis.

batrisya mmg lasak tp utk diri sendiri,bkn ke baik cam tu ? owh ya,dia rajin baca buku.habis semua buku org pun dia nak baca sampaikan buku mama pun nk baca.dia sibuk je nk main calculator tp dia pgl calculator "1,2,3". smlm dia kenakan abahnya sekali lg.time tu,abahnya tgh tido "abah,bgn!,tgk tu,sape dtg...papa acong dtg ah "...memandai je ckp papa acong dtg,pdhal xde sape pun dtg :(

ntah apa-apa la batrisya nih...tp mama ttp sygkan batrisya walaupun kdgkala batrisya suka 'kacau' mama :)

noted : ngape batrisya suka buli mr.otromen dia ? klu la ade adik,batrisya buli adik cam ni ker ? takutnya nanti :(



October 05, 2010

He's turn not older with years

1/10/10 yang lepas,birthday my King.Tiada apa yg special tuk pak cik nih. Umur makin meningkat but as what i said,he's not turn older with year :P .sila bagi credit to me, en.hubby.Maaflah siaran ni tertunda seminggu lebih.Tiada masa yg sesuai tuk story mori citer bitrhday my King ni. Seperti biasa,bila ade sambutan birthday,yg akan mengambil tempat pertama pastilah Miss Adreeana Batrisya.Just tiup je lilin hiasan kat meja makan.Malas nk beli kek sbb xde org nk mkn,maybe batrisya leh habiskan kek tapi we need to control her. She's on diet :p 
batrisya suka tiup lilin

On that day,simple celebration je. My King cuma minta nk makan Tripple Cheeseburger..so,after balik keje,terus melepak kat Golden Arch Bangi. Tiada yg special tuk my King arini. Well,present erk...

Hadiah dah diberi awal,sebulan awal dari tarikh yg sepatutnya. He requested handphone,so i just bought him a Nokia phone,model C6. Don't asked me details about this gadget. I dont know.Saya sedikit buta IT.sorry guys :(.

Happy Birthday my Laling
Happy Birthday my Laling
Hepi u u abah ( this is batrisya version )
muah muah muah
we love u so much


Sedikit kejutan yg saya beri pada my King pagi itu  ialah birthday card. Saya design this card dgn idea sendiri. Diletak atas baju keje sebelum my king bersiap2 pakai baju. He's really appreciated it and hug me. :)) 

my King with Tripple Cheese burger

we are in family

September 24, 2010

~ Open door or Open house ~

Suasana Syawal masih lg terasa.Sana sini dpt undangan open house.Org kata puasa sebulan raya pun sebulan la...mak oiiii ( mengalahkan budak yg baru belajar puasa ) ^_^. Saya pun masih beraya walaupun dah start keje raya ke-4 lagi :(

Ala,keje bknnya penghalang nk raya sana sini.Siang keje,mlm masih boleh beraya.Last week,kawan2 & sedara dtg raya rumah. Hidangan yg simple je sempat dihidangkan.Sempatlah saya hidangkan bihun sup bebola ayam & spagethi bolognaise.Ni pun main hentam je resipinya,tapi saya sempatlah google tuk bahan-bahannya.

Bangganya sebab 1st time masak,terus menjadik :p.Saya bukanlah pakar dalam memasak,yg saya tau cuma mkn je.BTW,saya suka mencuba. Hasilnya xde la kecewa sgt :). So now,our turn plak beraya kat rumah kekawan & sedara. Saya beraya rumah kak ipar,kak ipar hidangkan sizzling mee. Nice taste. Sempat mintak resipi tapi xtau le bila saya akan mencuba resipi itu :(.

Malam td,beraya rumah kawan baik kitorg merangkap mama & papa batrisya yg ke-2. Rumah Pn.Farah Fatihah le.Beria2 mesej kitorang sebab dia nk masak special. Thanks yea Farah bersusah payah masak tuk kitorang.Tak sia2 la sbb hidangan tu mmg sedap. Farah hidangkan mee bandung,sedap sgt walaupun dia cuma tambah bahan2 je :D.

Kepada kawan2 yg nak dtg beraya rumah,silalah dtg tapi bgtau awal2.Senang saya sediakan juadah. :)
Selamat Menjamu Selera ( minggu open house ).

Noted : Beraya sambil makan :D

September 13, 2010

Masih cerita raya... (raya mode)

Hari ni, dah masuk raya ke-4 la..masih ramai yg bercuti di kampung..tapi ade sesetengah tu dah masuk keje..hehehe :). Saya dah start keje arini, tapi sebabkan perut terkejut menerima mcm2 makanan,dgn rasminya saya disahkan cuti sakit.Fuh,best gak melepak kat rumah :)

Apapun,suasana di Bangi masih sunyi. Tiada kedai makan yg buka,byk yg tutup.Maybe pekerja balik kg jauh..Byknya kedai mamak je yg bukak kedai. Memandangkan perutku lapar & tiada kerajinan memasak + kepenatan raya semalam masih terasa, we just decided to have lunch at Mc Donald je. Makan le fast food ;p sambil melepak berjam2 kat situ.

Huh,dpt MC dari doktor tuk rest tapi saya melepak di Mc Donald...hohohoh..Perut saya masih kejang,ada ke perkataan kejang tuk perut ?? Acceptable je la.Saya masih lagi dlm suasana raya walaupun jasad dah kena pergi   keje. Thn ni, kami xdapat cuti panjang atas sebab2 tertentu. :(

Raya tahun ni amat bermakna sbbnya anak saya,Batrisya dah pandai beraya + beraya di Kuantan dulu. Bapa saya pun dah semakin sembuh even dia xberapa byk ckp. so,saya rasa double happy sebab Allah perkenankan doa saya.Saya mmg mengharapkan bapa sentiasa sihat. :)

Saya sentiasa rindu tuk berada di sisi keluarga Kuantan lama2 tapi masa & keadaan tidak mengizinkan. I wish that my company akan transfer saya ke Kuantan. I really hope that :) ..amin...


bersama atuk kesayangan batrisya

September 11, 2010

Raya..raya...raya ...

ai..ai..ai...dah lama sgt saya tidak menjenguk blog ni..yeay,dah lama juga tidak mencoret apa2 penulisan penting atas diari online ni...saya masih rindu ingin berblog tapi apakan daya...waktu tidak mengizinkan :(.. kesibukan keje + aktiviti bersama keluarga membataskan tuk berblogging...huhuhuhu..

masih belum terlambat tuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam seluruh dunia,tidak lupa kepada keluarga dan sahabat andai..Maaf zahir & batin andai kata selama ni terlepas ckp secara lgsg atau tidak samaada dlm penulisan or percakapan/perbuatan. Kita masih lagi menyambut raya ke-2,saya masih berada di kampung halaman meluangkan masa menyambut kegembiraan bersama semua sanak saudara..melayan tetamu mengunjungi rumah :)

Seronok saat menyambut kunjungan tetamu..tetamu membawa rezeki ..heheehe..amin " rezeki tuk anak ( duit raya) "... :) Thn ni, kami sekeluarga menyambut raya di belah keluarga saya ( my turn ),so semua adik beradik berkumpul di rumah ma & ayah :) Tiada kuih raya dihidangkan cuma kerepek & jajan tuk budak,tiada sape nk mkn kuih raya. Well,thn ni gak saya agak malas tuk buat kuih raya sbbnya bln puasa byk keje nk uruskan ..huhuhuhhu..maklumla,memegang jawatan lebih pada 1 amat memenatkan.. :p

my sweet family

all of my family :)

my lovely siblings

Meriahnya raya thn ni sbb batrisya dah pandai beraya..bestnye.. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin 


July 24, 2010

Manjakan diri di Ubud Spa

Petang tadi,selepas belanja my hubby & si tembam mkn 2 set of GCB (Mc Donald),we olls jalan2 sekitar Putrajaya. Bosan plak,so saya ajak en.suami bawak diri saya & manjakan diri ini kat Ubud Spa.Spa ni baru je dibuka kat Seksyen 8,Bangi.Lgpun berhampiran rumah kan ??? :D

Sebenarnya,saya ternampak spa ni mlm td masa menjelajah jalan2 cari makan.hehehe,terus timbul idea nk g spa ni arini. Nasib la perut suami & bobo dah kenyang,so en.suami bersetuju aje. Terima kasih yea my laling.
Next time,mama rasa nak pergi lg. waka waka... :)

yeay,saya amik pakej full body massage selama 1 jam dgn harga bayaran yg berpatutan.Urutan yg bermula dari kaki sampai ke kepala. Plg saya suka urutan di belakang sbb kat situle titik2 lenguh. Terasa nyaman & tenang kat spa ni.Relaks smbl dgr lagu yg mendayu2. Lgpun time ni,bobo & abahnya tgu kat dalam keta je. so,xde la org kacau..hohhoho. Sempat tido tau !

Dah lama xmanjakan diri ni. Last kat Sabah aritu..hehehe..tu pun en.suami belanja gak.Pttle en.suami xnak selalu g spa,sbb dia takut kopak..heehehe..ala,tuk isteri tersayang la laling..mesti la boleh :)

Xsnap picture pun.Anggap je la diri ini dibelai seperti ini,sememangnya best. Yg pasti,relaks & tenang terapi tuk diri :)

pic dari mr.google

pic dr mr.google

Terasa mau tido awal,yealah sbb arini diri ni dimanjakan..heheheh :)
Apapun,yg plg best........hilang lenguh kat belakang nih ( sbb duk dukung si tembam je )



July 15, 2010

Laksa Pantai Timur




laksa yang marvellous

Hari ni,teringin makan Laksa Pantai Timur. so,balik keje terus ber'silat' kat dapur comel ku.hehehe,dah lama xmemasak ni.warming up dulu dapur2 ku itu :D smbl kol mak kat kg.yealah tnyer resipi nk buat kuah laksa.walhal dah search tenet sana sini bahan-bahan tuk buat kuah laksa. Okle, kuah laksa pantai timur ni warnanya putih sbb pakai santan.

Walaupun 1st time cuba,en.suami tambah 2 mangkuk..sedap oooo.. :D ( jgn jeles yea).hah,si bobo pun ckp sedap mi ni...kehkehkeh...bangga jap mama nya :) 

saya updated resipi yg simple ni : - 

Bahan2 kuah :- 
* 1 kg ikan kembong -direbus & buang tulangnya,pastu kisar
* 2 labu bwg besar - dikisar
* 1 ulas bwg putih - dikisar
* 1 kotak santan pekat
* 1 sudu serbuk lada hitam
* sedikit air
* sedikit garam & perasa

Ulam2 :-
* kacang panjang 
* tauge
* kobis- 
* cili api -dikisar bersama belacan

Laksa segera - balik rebus je :)

Cara2 :-
1) campurkan 1/2 kotak santan pekat bersama air,bwg kisar,serbuk lada hitam & ikan yg dikisar.

2) kacau hingga sebati & didihkan.

3) apabila mendidih,masukkan baki 1/2 kotak santan pekat bersama perasa & garam.

4) Kacau hingga betul2 masak & padamkan api.

5) Sedia dihidangkan.

Selamat Mencuba :) 

Noted : resipi yang simple dr bonda tersayang. Terima kasih ibu ku :)


July 13, 2010

Freezing Day

snow ice cream ni milik saya...cedappp!!!
Tengoklah ice cream saya lama-lama,nmpk sedap kan ??? mmg sedap pun,hah ni mr.hubby bwk mkn ice cream sbb nk pujuk saya ..malu2 gitu :D tapi yg untungnya saya & batrisya,yealah dpt mkn ice cream yg sedap ni di petang yg panas!anyway,thanks yea my darling..lenkali saya nk merajuk lg..dpt lg habuan yg lg best... :p

saya order snow ice with nuts :) ..mmg sedap,well mr.laling order snow ice with manggo [tp sy xsuka rasa manggo yg manis itu:(]. sbgai snack di ptg hari,we olls tmbhkan order french fries,ni sbb faverite jajan si kecik ni. klu xorder menu ini,nnti dia mkn sorang2 ice cream saya...owh....no :D

byk lg menu lain di ice room ni,tapi we olls just mkn yg lite saje..dah nmnya org nk belanja ice cream je,jgn mintak lebih2..hehehe :p so,enjoys...

aksi anak & abah 

mulut bobo ternganga luas

bobo xnak balik pas mkn ice cream,mintak tmbh lg ice cream tp saya dah rasa ngilu kat gigi...sejuksss...nm pun duk dlm ice room.. :p. so,sesape yg berada dia area Bangi or dtg Bangi,silalah singgah menikmati ice cream yg enak ni. (ewah,promote plak ) hehehehe...

thanks yea mr.darling :) esok2 syg merajuk lg tau :D
tapi syg sygkan abg....muahs... spain dah menang,tido awal :( 




July 09, 2010

Atuk dah 58 tahun (^_^)


Walaupun entry ni lewat skit,rasanya masih belum terlewat utk saya abadikan dan ucapkan "Selamat Hari Lahir" pada bapa tersayang,Dato Ngah B. Mamat. wah,dah dpt pangkat Dato..hehehe,sebab dah ade 2 cucu kesayangan yg comel & bijak (mohd danial aiman & nur adreeana batrisya). Semoga atuk sentiasa sihat & hidup dirahmatiNya serta selamat dibawah lindungaNya. Amin... :)

4 Julai lepas,atuk kepada  aiman & batrisya @ ayahku telah menyambut hari kelahirannya yg ke-58 :). Meriahnya, kesemua 5 anaknya berada di sisi pada hari bahagia. Bagi melengkapkan majlis yg cukup indah, mama telah baik hati (mmg baik pun) belanja kami sekeluarga mkn besar mlm tu kat Ana Ikan Bakar Petai,Tanjung Lumpur. Owh,sesape yg biasa di area Kuantan mmg cukup tau dgn tempat/medan ikan bakar sini.Byk pilihan restoran utk menikmati seafood fresh bersama family & kawan-kawan.

Pasal harga, kena bijak bertanya. Klu x biasa,mmg agak mahal. so,pepandai2 le jd org tempatan( yeay,org pahang :D). Apapun,sesekali berbelanja lebih utk suasana gembira bersama keluarga,rasanya amat bermakna.
Mlm tu, bapa amat selera mkn sbb semua anak menantu ada bersama memeriahkan harinya. Oklah, saya harap bapa saya sentiasa sihat. Saya risau kalau bapa saya sakit,xsanggup tgk dia berdiam diri menahan kesakitan sendiri. Saya sayangkan bapa sangat2... love u so much dad :)


ibu & bapa kesayanganku

makan besar bersama big family

2 cucu kesayangan atuk & nenek

Thanks to all my siblings & family. Harap kita sentiasa dapat berkumpul mcm ni selalu. sayang kamu semua.


July 08, 2010

Gosip Girl

dlm 'tent' kegemarannya

hehehehe,tgk tajuk mcm gosip super star je,walhal gosip psl si batrisya ni. Owh yea,si kecik ni dah genap berumur 2 tahun,so akalnya makin bijak.Bila tnyer,ada je jawapan dari dia, tapi kuat meragam. Manja sgt2. hohoho,kekadang,leh hilang sabar dgn perangai dia. Ok,lets updated psl perkembangan batrisya :-

1)  Dah pandai sygkan brg2 kepunyaan nya dlm erti kata lain kedekut :( 

2)  seorang yg agak rajin mengemas - betul ke ?? bukan ke selalu sepahkan rumah & akan ckp " Ya Allah.

3)  suka usik org terutama sepupu dia,aiman. Suka curik ayam aiman,pastu tgk org nangis sbb dia dah      bawak larik ayam org,then gelak jht..hohhohoho...notty bobo ni :D

4)  bila mama baca book,dia pun nk baca book. huh,kecik2 dah nk baca buku mama (sbr je la),tetapi dia dah pandai mengenal benda & no. good for her. :)

5)  suka menulis tapi AWAS,dinding rumah pun leh tulis & lengkap dgn koleksi kartunnya :(

6)  bila baca doa,xpernah nk start dari  "Bismillah", terus ke "Amin".

7)  mendengar arahan abah & mama tapi ikut mood la,suka sgt jerit..leh pekak jiran sebelah rumah ni.

8) walaupun badannya comel,tetap takut kat kucing & anjing...hahahaha..tgk kucing jauh 1 meter,terus jadi patung xbergerak2...then suruh org dukung time tu gak...uwargh...gen mama ni :D

bila balik rumah,dah melepak dlm rumah keduanya ....sbb dlm 'tent' tu ada ball.lgpun dia rasa ade privasi kot...bagus gak,xder la mengacau & sibuk suruh org dukung je... :D


'kal' adik :D

apapun,semoga batrisya sentiasa comel ...amin...

noted : jgn baca doa sekerat2 je,nanti mama saman nursery ko tuh!!!!

June 29, 2010

Batrisya 2 tahun

Happy birthday to you, Happy birthday to you, Happy  birthday to bdk tembam ni...huhuhuhu  :D 22 june lepas, birthday anak kesayanganku nur adreeana batrisya. Genaplah si kecik ni berusia 2 tahun. Sakan si kecik celebrate birthday dia. Klu x silap, hampir 3 kali si kecik ni tiup lilin tuk birthday cake dia. Mula-mula tiup birthday cup cake kat rumah dgn mama & abah. Asyik sebut  abah " nak you you "  :) . Hah,amik nk tiup you you sgt .Celebrate la dgn mama & abah guna cup cake ni .

semangat tiup lilin

Kami sediakan sedikit goodies & birthday cake (marble cheese cake) utk bagi pada kawan2 kat nursery.

potong kek dgn kawan-kawan

kembung pipi tiup lilin


bergaya dgn hadiahnya :)


present drpd abah & mama

Hepi birthday to you batrisya.

June 25, 2010

Bersantai di Kota Kinabalu - part 2

smbgan pada entry lepas ....

pada hari ke-2 di KK, akak saya try to contact best fren dia yg duk di Teluk Sepanggar (TLDM base). Finally jumpalah diorang 1 family. al-maklumlah,akak dah 3 tahun xjumpa kawan dia ni. Bila jumpta,tau-tau je la riuhnya mcm ne. Dah namanya pmpn :D,nasiblah ayah & suami saya ok. Melayan kerenah kami semua. Apapun, kawan akak ( Kak Su) & suaminya bawak kami jalan2 sekitar KK.

Memandangkan kita bawak ramai kanak-kanak riang, tmpt yg dituju ialah Muzium Sabah & Kg.Kebudayaan.  Terletak di bandar KK & jaraknya cuma 5-10 minit. Kat Muzium Sabah ni menceritakan sejarah peribumi Sabah,pakaian tradisi & byk lg. Muzium (tmpt simpanan sejarah ) :) klu nak tau lebih lanjut,search je google.

Sebelah muzium,ade kg. kebudayaan. Pastu kami ramai2 lepak minum kat cafe muzium sabah. Panas plak cuaca time tu bah. Kak Su & suami bawak we olls ke pantai Tg.Aru. Sempatlah singgah seketika & aiman mandi manda kat pantai tu. Kak Su terpaksa balik awal sbb suaminya ade dinner TLDM,tapi suaminya sempat bgtau en.hubbyku tmpt mkn yg best area KK iaitu Likas.

Kat Likas ni,ade anjung selera. Seafood dia segar2 & murah2 gak. Kita boleh pilih & masak seafood tersebut ikut selera kita. So,mlm tu ayah saya pilih ikan kerapu & ikan merah je bersama kailan ikan masin.tapi kedai yg dipilih masakannya kurang sedap. So,kami agak kurang puas ati.

kami sekeluarga bersama kak su & family

bergambar di depan beg org sabah

dinner kat anjung selera Likas

suami saya tiada lg :p

ikan kerapu steam limau

ikan kerapu,ikan merah & kailan ikan masin

Dah abis mkn,kami terus balik hotel sbbnya esok dah plan nk g snorkeling. Tunggu the next episod.Enjoy this part dulu yea kawan2....

to be cont'....


June 24, 2010

Bersantai di Kota Kinabalu - part 1

Kemana saya menghilang ?? bercuti dari segala aktiviti terutama keje & berblogging :).yea...saya cuti 2 minggu. Cuti untuk merehatkan minda & menghabiskan duit :D. Sempena Fathers' Day & cuti sekolah yg lepas,saya bawak family cuti-cuti malaysia. Terapi yg bagus tuk ayahanda tersayang :). lgpun,org kata cuti itu terapi :)

kali ni,destinasi kami ke Sabah (the nature beautiful country).Perjalanan dari KUL-KK mengambil masa 2 jam 30 min.sempatlah untuk  tido :p tapi saya xtido..saya tunggu hidangan nasi ayam dlm flight. Nasi ayam yg dihidangkan kepada kami mmg sedap :). Saya & family tiba di KKIA pada jam 2.00 pm tapi time tu kat KK ujan...saya rasa xsyok tapi xperla,my mom ckp kita g ke hotel dulu utk rehat-rehat & bersihkan diri.

petang tu,kami kuar mkn & jalan2 kat Asia City centre point. My mom & dad dah teruja tengok pearl bagi butang baju & brooch tapi kami xbeli..Just cuci mata tuk 1st day ni :). Mlm tu,teringin makan ikan segar kat Pasar Filipino,so jalan2 Pasar Filipino. Owh sungguh geram & teruja dgn harga ikan & seafood lain kat situ. Mmg murah!! murah!!!murah. Finally,decided dinner kat Pasar Filipino. menu utama ikan merah,sotong & ketam bakar dihidangkan bersama sambal istimewa.Ada yg lebih  istimewa umai (isi ikan dimasak dgn lemon or cuka)-ala2 shushi...ooishii (sedapp) + alga ditambah plak dihidangkan dengan air kelapa muda. Malam tu,kami mmg kekenyangan & puas hati. Semua tersenyum puas.

oppss..saya,akak & mom suka sgt umai ni... tapi saya x amik gambar tuk rupa umai ni. Silalah menjamu mata smbl kami menjamu selera :p

ini ayah kesayangan saya

mom & dad tgh tunggu seafood

saya & kakak

abg aiman ( sepupu batrisya )

ketam yg murah & besar

ikan merah

sotong bakar

mane suami saya ?? dia tukang amik gambar & dukung batrisya time tu..jadi xder la gambar dia. dlm next part, saya akan selitkan wajah2 kesayangan saya.

to be continue ....

June 08, 2010

cuti panjang

cuti panjang.yeaaaaaa..musim cuti sekolah
aku pun cuti panjang dari berblogging,bekerja & apa2 aktiviti
musim cuti sekolah aku seharusnya cuti
bukan cikgu dan anak murid je tau cuti
oppps...cikgu-cikgu jgn mrh yea

sempena cuti sekolah,aku amik cuti selama 2 minggu
bercuti dari segalanya
tenangkan pikiran & yg penting
g bercuti !!! abiskan duit ... :p

okle..aku cuma ingin mengucapkan
selamat bercuti kepada semua
aku ingin bercuti..
so,dengan ini tiada idea tuk tulis dlm blog
cuti-cuti malaysia

selamat bercuti kawan-kawan :)
aku inginkan percutian di pulau..
dpt berendam dlm air spt ini (scroll down)










selamat bercuti..heheheheeh

June 01, 2010

Our 3rd anniversaries ",)

Last 27th May,genaplah usia perkahwinan kami 3 tahun
alhamdulilah & amin kerana Allah memanjangkan jodoh kami
saya berharap jodoh kami kekal hingga ke syurga
saya sayang suami saya :p 
statement yang buatkan semua org akan muntah ijooo ...
spjng perkahwinan kami dikurniakan baby girl yg sgt gebu  & comel
sape lg klu bkn  baby besar yg glamor ni bobo @ nur adreeana batrisya

pd saat hari yg istimewa ini,suami saya hadiahkan bunga ros
3 kuntum bunga ros berwarna merah hati,putih & pink
3 kuntum ros mewakili 3 tahun usia cinta kami :)
suami saya bg kejutan..letak bunga atas katil :D
tapi bobo nmpk bunga tu, ckp cannteekkkk
mmg bunga tu sgt cantik,saya suka tau!!!
mestilah saya suka sbb suami saya yg hadiahkan
oopppssss...saya bukan dpt bunga je tp ade hadiah plg special
yg ni agak malu nk ckp tp sesuaila tuk org yg dah kawen
dpt nighty wear kaler pink gituuuuu !!!

mr.hubby belanja kami mkn mlm...
hahahaa...biarlah gambar menceritakan semuanya :)

3 roses from my hot hubby

the combination of 3 colors...love it 

my king & princess

little princess

queen of the king & cute princess

our lovely drinks...really superb!!

fish & chips 

Terima kasih suamiku..
saya SAYANG kamu,mohd amirul mokminin b.saibani.
sayang bobo gak :D


muahmuahmuahs.......